Blog Baru Aakj
Written By Unknown on 30/10/2014 | 12:44 am
IQRA' : Buah Khuldi, Unta Betina & Anjing
Written By Unknown on 20/10/2014 | 5:19 pm

Semalam tiba-tiba bergegar dalam media sosial cerita tentang program yang tak pernah terfikir dalam kepala Umat Melayu Islam Malaysia, Program "Aku Nak Sentuh Anjing" - "I Want To Touch A Dog" yang khabarnya dianjurkan oleh Melayu Islam sendiri.
Kononnya tujuan murni program ini adalah nak buang rasa takut pada Melayu terhadap anjing !!
Untuk meredakan kerisauan peserta yang ingin turut serta maka pengajur khabarnya menjemput Ustaz dari MAIS untuk ceramah sedikit tentang apakah najis yang di kelaskan untuk anjing dan bagaimana nak samak kiranya bersentuhan dengan anjing. Entah kitab mana dan ilmu mana yang beliau gunakan Aakj tak pasti.
Dalam Islam memang sah mengatakan anjing itu haram di makan..tu bab makan..tapi bab bersentuhan, Allah letak syarat untuk sucikan diri kiranya bersentuhan samada sengaja atau tidak. Malah indahnya Islam, kita akui semua makhluk dan apa sahaja yang ada di bumi, langit dan antara keduanya adalah ciptaan Allah swt. Kita tidak ragui sedikitpun tentang isu ini.
Malah haramnya makan anjing adalah bukan sebab untuk umat Islam menganiaya anjing kerana ada kisah Pelacur yang beri anjing minum pun Allah letakkan dalam syurga.
Namun mungkin Ustaz MAIS itu lupa tentang satu perkara. Yang tersiat dan tersurat kiranya dia ahli mufassir. Bukan main pakai ambil hadis atau firman dan kupas mengikut kepala lutut. Sesat jadinya !! Bukan pahala yang dapat, bukan Rahmat Allah yang kita perolehi tetapi bala yang Allah turunkan.
Ustaz MAIS dan penganjur mungkin lupa apa itu Perintah, Ujian dan Larangan Allah ! Ketiganya berkait !
Pelacur bantu anjing dan Allah tempatkan dia ke dalam syurga kerana sifat "perintah" Allah.
Membantu makhluk atau hamba Allah yang dalam kesusahan besar ganjarannya. Ketika itu ujian Allah ingin melihat sejauh mana Pelacur melihat anjing yang haram dimakan dan haram bersentuhan pun tidak seperti sentuh kucing atau binatang lain..Allah nak tengok, apakah pelacur itu sanggup membantu makhluk ciptaan Allah. Hasilnya, Allah ganjarkan syurga.
Lihat saja kisah Nabi Adam a.s dan Hawa a.s, apakah ujian yang Allah berikan kepada mereka?
Allah uji dengan perintah jangan dekati pokok Khuldi dan Allah melarang memakan buahnya. Allah tidak jelaskan tentang buah khuldi itu beracun atau tidak tetapi Allah yang perintahkan dan Allah letak larangan dalam ujian terhadap KEPATUHAN hamba terhadap PenciptaNya.
Apa jadi kepada Nabi Adam a.s dan Nabi Hawa a.s? tak perlu Aakj ceritakan panjang lebar di sini, semua tahu hukuman yang diterima oleh mereka. Dikeluarkan dari syurga ! sebab apa? sebab langgar PERINTAH Allah dan GAGAL dalam ujian LARANGAN !
Kisah Unta Betina juga sama, kaum Nabi Saleh a.s.
Dalam kisah ini pun sama, Allah swt letak ujian, perintah dan larangan. Allah uji kaum Nabi Saleh a.s.
Allah swt UJI, datangkan lembu betina yang menghasilkan susu yang banyak serta mampu ringankan beban krisis makanan ketika itu..
Allah swt PERINTAH, jangan disakiti unta betina dan jangan dibunuh.
Allah swt LARANG, jangan ganggu unta betina itu makan dan berkeliaran.
Akhirnya umat Nabi Saleh a.s GAGAL dalam ujian dan Allah swt hantar bala!!
Bagaimana dengan kita dan anjing?
Allah swt melarang, menguji dan memerintah kita berhubung dengan haiwan ciptaan Allah ini..ada sebab Allah swt melalui Nabi saw meletakkan syarat bersihkan diri dengan 7 cucian termasuk satu dari air bercampur tanah kiranya tersentuh dengan tidak sengaja atau dalam keadaan darurat.
Allah swt dalam perintahnya tersembunyi 1001 hikmah..tidak perlu kita bertanya itu dan ini..tak perlu persoalkan kenapa Allah buat begitu dan begini..Allah nak lihat KEPATUHAN kita tanpa ragu !!
Apakah perintah Allah swt perlu dipersoalkan?
Tak perlu rasanya Aakj letak firman dan hadis dalam isu anjing ini, semua dah tahu..ini sekadar apa yang aakj belajar dari Tok Guru aakj tentang "dengar dan patuh" terhadap perintah Allah swt.
Jangan kerana kita terlalu ghairah untuk mencipta sesuatu yang baru..kita bukan merapatkan jurang antara manusia tetapi kita mengundang BALA !!
Wallahualam

Kempen Bawa Bekal Makanan Ke Sekolah, Kempen "Low Class"
Written By Unknown on 16/10/2014 | 12:48 pm
Anjing Sial Pakatan Persoal "Siapa Lantik Sultan Sarafuddin Idris Shah Jadi Sultan Selangor"?
Written By Unknown on 20/09/2014 | 7:26 pm
Cerita "Rahsia Apek Terbongkar" Panas Di Alam Maya..
Written By Unknown on 19/09/2014 | 11:40 am
GST Barang Hantaran Nikah, Timbalan Menteri Kewangan Perihatin
Written By Unknown on 16/09/2014 | 12:32 pm


16 Sept Selasa:
2.25 Ptg Tiba di Pengkalan Chepa
3.30 Ptg - Lawatan ke Pusat Media
4.15 Ptg - Solat Asar
4.30 Ptg - Tetamu Radio Kelantan di Stesen Siaran di Terbak, Tumpat (ttg GST)
5.30 Ptg - Program Ziarah Ukhwah - 15 rumah di PDM Pengkalan Kubor
6.45 Ptg - Perjumpaan
7.00 ptg - ke rumah di Kg. Telaga Lanas (PDM Kg Ketil)
7.15 Ptg - Solat Maghrib dan Tazkirah dan solat Isyak
8.40 Mlm - Makan Malam rumah keluarga angkat
9.00 mlm - Ceramah Kelompok PDM Ketil
10.00 mlm - Ceramah Kelompok PDM Bunohan
11.00 mlm - Ceramah kelompok PDM
12.00 mlm - Berehat di rumah org kpg
17 Sept Rabu
5.40 Pg - Solat Subuh di Madrasah PDM Geting
7.00 Pg - Sarapan pagi bersama masyarakat setempat di Kedai Makan Pak Man di Pasar Geting
8.00 pagi - Kunjungan Ukhwah 10 buah rumah di Pantai Geting
9.00 pagi - Lawatan ke Industri Kecil Karipap segera dan perjumpaan dengan pekerja (PDM Tebing)
9.45 pagi - Ziarah Ukwah 12 rumah di Kg Geting Surau
11.00 pagi -selesai
12.20 Tgh - Berlepas ke KLIA
Khamis & Jumaat datang lagi ke Pengkalan Kubor.
Kena Nikah Cepat Bimbang Kena GST
Kadang bila kita ni terlampau taksub dengan hebahan politik keterlaluan maka kita akan terkeliru sepanjang hayat.
Semua benda nak dipolitikkan. Apa saja yang Kerajaan buat untuk kepentingan rakyat cuba diputarbelitkan..kesudahannya kita sendiri jadi keliru..sebab banyak sangat dok baca berita songsang.
Logiknya..mana Kerajaan yang memerintah dengan sengaja nak zalimi rakyat.
Kalau kita bukan pakar ekonomi..dengar dari pakar..bukannya dengar dari pakar sastera Melayu..
Apakah bila Kerajaan kenakan GST maka barang akan melambung harganya termasuk cincin tunang dan cincin nikah?
Krisis Gila Kuasa : UMNO Selangor Masih Bangga Dengan Program "Masak-Masak"
Written By Unknown on 07/09/2014 | 2:28 pm
Bukan niat nak burukkan sesiapa..jauh sekali nak kondem apa yang dibuat oleh Pengerusi Umno Selangor dan juga Ketua Pembangkang Dun Selangor.
Hampir sebulan kita disajikan dengan drama manusia yang gila kuasa..berebut kerusi Menteri Besar Selangor tanpa rasa malu..tanpa sedikitpun rasa hina..malah kulit muka manusia manusia tersebut umpama kulit babi hutan..
Bukan nak menyibuk hal dalam kain orang tapi sekadar nak bertanya kedua pemimpin Umno yang pegang jawatan kat atas yang aakj sebut diawal bicara :
1. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-tidak pentingkah saat ini buat roadshow di seluruh Selangor..terangkan kepada rakyat dan pengundi tentang kerakusan manusia pakatan haram.
-tidak perlukah ketika ini Umno bangkit menggunakan isu ini sebaik mungkin untuk tarik balik sokongan rakyat pada BN.
-salahkah buat secara agresif?
2. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Tidakkah rugi dalam isu yang paling besar selepas BN kalah teruk di Pru13..Pas pula lebih menonjol dalam isu yang mereka sendiri yang reka ini? Walhal UMNO boleh beri keterangan kepada rakyat Selangor tentang game 3 kepala yang biol dalam Pas..Dap dan Pkr inilah sebenarnya punca imej negeri Selangor tercalar tahap gaban ni.
3. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Kalau tak mampu jadi nakhkoda..undur saja.
-Kalau tak mampu bawa tugas penerangan..undur saja.
-Kalau tak mampu menyerang di Sidang Dun dengan isu hot..undur saja.
4. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Takkanlah unit media terpaksa diserahkan kepada individu yang selalu hentam Pejabat PM sebagai Jeneral.
-Takkanlah unit media hanya buat cerita tentang program makan makan untuk bahagian tertentu sahaja..tambah sembelit..adalah cerita satu dua bab longkang belakang rumah ketua cawangan yang tersumbat..(harap berita ni tak betul)
-Takkanlah jentera cywar media terdiri dari anak pinak yang blognya hanya dibaca oleh 15 orang sehari..dan menyenakkan perut akaun facebook pun hanya 12 fren sahaja..(harap sangat berita ni tak betul)
5. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Cukupkah dengan laungan dan tempikan minta setiap cawangan dan bahagian tambah ahli dari padang golf dan dari tanah seberang? (Sedang menunggu foto dari padang golf)
-Cukupkah hanya bergantung harap dengan jentera wanita? Pemuda dan Puteri dok buat apa?
6. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Masih terlalu ramai Ketua Bahagian yang menang bertanding tempohari yang hanya tahu buat program syok sendiri..kehadiran sekitar 55 orang pun dah gah bagai 5000 orang.
-Masih terlalu ramai Ketua Bahagian tidak mampu bentuk "jemaah fikirman atau ahli fikir" untuk canaikan satu usaha atau program yang berimpak besar untuk Umno dan BN. You know y..coz..takut ada yang lebih cerdik darinya dan takut kerusinya bakal d ganti next term.
Banyak lagi yang aakj nak minta Noh Omar jawab dan Samsudin Lias jawab...dan jawablah depan rakyat dengan aksi yang mampu kejutkan rakyat Selangor dari tidur..jawablah dengan aksi yang mampu ubah perangai Ketua Bahagian Umno..hidup kita tidak menongkat langit..jangan pandang hina pada ahli yang serahkan amanah pada anda.
Sedeh aakj dengar bila majoriti Adun yang menang dan Ketua Bahagian yang menang tak yakin nak ambil balik Selangor..
Tidak salah bermain golf..ke Tanah Seberang..tapi salah kalau masa bekerja anda "buka pejabat" d sana !!..cukup ke dengan hantar sms atau whatApp kepada Adun lain untuk menjawab soalan dalam Dewan? (Harap berita ni tak betul jugak laaa)
..bersambung...maafkan aakj..bukan niat nak cari salah..tapi nak kejutkan anda semua..kata arwah abah..harimau ni kalau tidur..dia bukan kucing ketika itu..dia tetap harimau!!
Ulama Politik Guna Ilmu " Pisang Tanduk Ikat Bersimpul" Untuk Kendong Isteri Orang
Written By Unknown on 05/09/2014 | 9:34 pm
Semalam aakj ceritakan serba sedikit cerita manusia haiwan yang berselindung di sebalik jubah dan serban usung bini orang hingga ke kaki gunung sejuk..Genting Highland.
Malam ni aakj nak sambung sedikit je..sebab siri ni panjang dan maklumat yang aakj dapat pun berkala..
Mangkok ni selain hebat ceramah politik maki hamun dengan sekali sekala selit ayat quran dan hadis..dia juga hampir setiap malam berceramah di surau surau kawasan taman perumahan..malah ada juga dia menyelit buka kitab di surau pusat pengajian tinggi..
Orang tua tua kata..sambil menyelam kalau tak terminum air bukan menyelam namanya..terminum teh atau kopi yang dihidang jemaah masjid atau surau itu biasa..tapi kalau tertelan air liur kerana tengok jemaah muslimah yang hadir..itu dah luar biasa..tambah gila bila telan air liur tak kira bini orang atau anak dara orang.
Patutlah masa mengajar..tirai pemisah jemaah wanita diminta buka supaya lebih afdal dapat lihat tok guru yang mengajar..rupanya mangkok ni ada muslihat lain..mulut baca kitab..mata berkenyit kera dengan jemaah muslimah yang di belakang saf lelaki.
Kenyit mata..ayat manis..tunjuk caryng..selit cerita berahi..selit cerita "nikmat pisang tanduk bersimpul"..selit segalanya..
Paling gila sebaik saja tutup kitab..siap pesan..siapa yang ada masalah rumahtangga kalau malu nak bertanya depan jemaah lain..sila sms atau call dia..itulah cara beliau mulakan langkah untuk kendong bini orang ke kaki gunung...
Lupa nak bagitau..ulamak politik ni punyai isteri lebih dari satu ketika kejadian ini..bersambung...
Siri ke 3 :
"Suami bendul isteri menyanggul...akhirnya ketagih pisang tanduk yang diikat bersimpul"
Siapa Ulama Politik Kendong Isteri Orang Di Kaki Gunung?
Written By Unknown on 04/09/2014 | 9:00 pm

Aakj masih menunggu maklumat selanjutnya..kalau dia naik pentas berceramah di Pengkalan Kubur nanti..tahulah langit tu berapa lapis...harap bersabar ye
...bersambung...Siri ke 2, "Dia dan Isteri Orang Menari Keliling Pokok Kelapa di tepi pantai.."
**kendong tu bahasa ibunda..nak tahu..kena tanya ore klate lah..
Mat Taib Semasa Jadi Menteri Besar Tidak Suka Ke Luar Negara & Tidak Ada Harta Di Luar Negara?
Written By Unknown on 29/08/2014 | 8:23 pm

Cerita Pegawai Timbalan Menteri Kaki Botol : Satu Pembohongan !!
Written By Unknown on 26/08/2014 | 7:36 pm

Alhamdulillah, rupanya cerita yang Aakj keluarkan tadi berkenaan dengan pegawai Timbalan Menteri Kaki Botol d SINI adalah satu pembohongan.
Aakj dihubungi oleh sahabat Aakj, Hj Razi Hj Zain yang mana beliau terus menghubungi Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan untuk mengesahkan cerita tentang apa yang dilakukan kononnya oleh pegawai kepada Pegawai Khas, Datuk Ahmad Maslan, "Kapt.(B) Rossli Bin Dato' Harun" terhadap pemilik rumah dan penduduk kawasan taman perumahan yang beliau diami.
Menurut Hj Razi, Datuk Ahmad Maslan sendiri menafikan itu adalah salah seorang dari pegawai beliau. Ianya adalah satu penipuan yang serius.

Aakj mohon agar blog Inikalilah yang Aakj ambil sumbernya turut sama menyiarkan berita yang telah diperbetulkan ini.
Aakj juga berharap pihak polis dapat membuat sisatan terhadap aduan pemilik rumah ini.
Adalah terlalu serius kesalahan menyamar sebagai penjawat awam apatah lagi sebagai pegawai di kementerian tertentu.
Di sini Aakj lampirkan sedikit maklumat tentang "Rossli" ini yang aakj ambil dari Sumber :
018-3863514(bini dia)
018-2714030(suami)

KAPT(B) ROSSLI BIN DATO'HARUN
P.A TO AB HALIM TUH BIN HAJI RAHMAT
OFFICER TO YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MAZLAN
DEPUTY MINISTER OF FINANCE MALAYSIA
H/P 011-2805 4255
37TH FLOOR DATO ONN TOWER
PUTRA WORLD TRADE CENTRE
JALAN TUN ISMAIL
50480 KUALA LUMPUR
TEL 03-4043 6433
LEVEL 11,CENTER BLOCK
MINISTRY OF FINANCE COMPLEX
FEDERAL GOVERMENT ADMINISTRATIVE CENTRE
PERSIARAN PERDANA,PRESINT 2
62592 PUTRAJAYA
TEL 03-8883100
Alamat lesen niaga. Sebab masa dia sewa, dia buat jual baja.
LOT 591 KG CHUBADAK,
SENTUL DALAM, BANDAR BARU SENTUL,
51000 KUALA LUMPUR
Percikan Darah Nabi Di Dalam Gua Bukit Uhud Satu Penipuan
Written By Unknown on 25/08/2014 | 2:10 pm

Sehari dua ni aakj dok perati dalam beberapa artikel termasuk kisah wartawan NTV7 yang dikatakan telah ke sebuah gua yang berada dalam jajaran bukit Uhud dan terhidu bau wangi dan mendakwa itu adalah bau dari darah Nabi saw..percikan darah Baginda saw.
Aakj sendiri ada ke sana beberapa tahun yang lepas bersama abang aakj..versi yang sama, cuma pada masa tu terpaksa ikut rombongan walau hati berat nak pergi..maklumlah musim panas. Aakj turut naik dan berdoa d dalamnya..
Untuk sampai ke tempat percikan darah..hanya satu atau dua orang sahaja yang boleh masuk kerana di dalamnya agak sempit. Dalam hati Allah je tahu..curam dan batu kerikil semasa mendaki boleh buat kita tergelincir.
Masa tu Aakj terlupa sejarah yang kita juga belajar..apakah sejarah itu salah atau Aakj yang salah dengar masa kuliah?
Persoalannya :
1. Benarkah itu percikan darah Baginda saw?
-seingat Aakj, ada hadis mengatakan kiranya darah Nabi saw menitik ke bumi nescaya akan hancurlah bumi..baca kisah Baginda saw ketika berdakwah di Taif..Baginda saw cedera teruk kena lontara batu dari pemuda nakal Taif.
-Darah yang mengalir ketika itu dan Nabi saw tekap dengan jubahnya agar tidak menitik ke bumi. Darah mengalir dan terserap juga di kasut Nabi saw.
2. Betulkah Nabi saw lari dari peperangan Uhud itu, seingat Aakj..Nabi saw tidak lari dari peperangan. Kisah perang Uhud, Nabi saw jatuh ke dalam lubang dan dilindungi oleh beberapa sahabat Nabi saw sebagai perisai..ada riwayat mengatakan seorang Sahabiah yang melindungi Nabi saw dari panah ketika itu dan Nabi saw cedera di pipi akibat tusukan topi perang yang Baginda saw pakai.
3. Lari dan berundur dengan bala tentera tidak sama
4. Aakj lihat sendiri banyak botol minyak atar yang kosong di dalamnya..macam cerita kubur Memali !!
Paling jelas, ketika itu Aakj dihampiri oleh Polis Saudi dan mereka jelaskan ini cerita karut dan bidaah !!
Wallahhualam.

Ambil Pekerja Yang Tidak Sokong Kita ; Pandangan Khairy Jamaluddin Di Campak Ke Longkang

Semalam Aakj luahkan pandangan Aakj d SINI..
Amat memalukan bila komen yang Aakj terima dari akaun Facebook Aakj bila 100% tolak dan tidak setuju apa yang KJ nyatakan berhubung isu PEKERJA KERAJAAN yang tidak sokong KERAJAAN yang memerintah.
Malu tak? Jangan ingat kita belajar sampai Oxford maka kita boleh bodohkan semua ahli parti dan seluruh rakyat negara ini.
Aakj tak sabar nak tunggu laporan post mortem tentang pencapaian Sukan Komanwel yang berlangsung d Glasgow baru baru ini. Untuk makluman sahabat semua..inilah pencapaian terburuk negara di Sukan Komanwel ini..TERBURUK !!
Kj minta pengurus atau sapa yang bertanggungjawab supaya undur kalau prestasi buruk..habis tu sebagai Menteri Sukan..kira tak bersalah ke? Nak tunggu postmortem apa lagi..dah kita Menteri..undur sajala.
Janganlah buat kenyataan untuk GLAMORKAN DIRI !! tak kemana politik GILA GLAMOR !!
Cukup-cukuplah panggil mereka tu PENJAWAT AWAM !! mereka adalah PEKERJA KERAJAAN..itu nama asal mereka..sapa yang tukar ni !!
...bersambung...teringat dulu ada kawan Aakj hentam KJ setiap hari agar KJ jangan jadi pemimpin orang muda..kini sepi..kenapa $$$....ehhh silap tanda ni nak letak sebenarnya - ????..tanda soal..bukan tanda $$$ tu ye..silap..
Baca apa komen mereka :
30 Adun Sokong : Wan Azizah Cuba Menipu Sultan Selangor !!
Written By Unknown on 24/08/2014 | 12:02 am

Baru ni kecoh..kononnya 30 Adun Selangor, Adun Pakatan Haram sokong Wan Azizah..berkumpul di pejabat Anwar dan riuhlah satu negara kononnya Khalid dah checkmate !
Paling gila Wan Azizah dengan bangga tunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia senarai nama Adun Adun yang sokong beliau dan bersetuju hanya Wan Azizah saja yang layak jadi Menteri Besar Selangor bagi gantikan Khalid.
Klik di SINI untuk melihat senarai nama Adun yang kononnya menyokong Wan Azizah.
Hari ni keluar pula kenyataan baru, 13 Adun Pas tidak bersedia untuk tandatangan surat akuan bersumpah, klik d SINI
Bila diamati senarai nama, baru perasan, selama ini hanya senarai nama sahaja yang ditunjukkan..mana tandatangan yang mengesahkan Adun-Adun yang seramai 30 orang tu ??
Siap Guan Eng hamun Khalid kata menipu Tuanku Sultan..sekarang siapa yang menipu ?!!
Sama seperti TRAGEDI 16 September !! SAMA !! tuuuiHHH menipu !!

#Malaysia Berkabung ; Foto Foto Rakyat Malaysia Bertafakur Di Jalanraya
Written By Unknown on 22/08/2014 | 11:56 am
"Saya Hanya Tegur Najib, Bukan Suruh Letak Jawatan" - Tun M
Written By Unknown on 19/08/2014 | 11:25 am

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.
“Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.
“Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini hari ini.
Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya hari ini berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.
Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.
Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.
“Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam. Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana,” katanya.
sumber
#justice4MH17 ; Peluru Di Jumpai, Pihak "Menara Kawalan" Bersubahat?
Written By Unknown on 20/07/2014 | 8:01 pm
Tragedi ini banyak menimbulkan tandatanya..kenapa pesawat kita jadi mangsa sedangkan pada hari tersebut berpuluh pesawat menggunakan laluan yang sama
Tertanya diri ;
1. Apakah ianya ada kaitan dengan penumpang yang datangnya dari negara yang bermusuh dengan Ukraine, Rusia atau dengan pemberontak..kalau ikut manifest penumpang..rakyat dari Belanda adalah penumpang paling ramai..dan kita boleh lihat Kerajaan Belanda telah memberi amaran keras terhadap pihak yang terlibat.
2. Apakah ianya berkaitan dengan ketegasan kita dalam isu kezaliman Israel di Gaza..Malaysia sebelum kejadian telah mengistiharkan akan hantar pasukan perubatan yang jumlahnya paling besar bagi membantu rakyat Gaza yang dilanda petaka serangan Zionis berhati iblis. Dalam masa yang sama Tun M sendiri sedang berusaha mendapatkan sokongan 10 negara lain untuk turut serta mengecam Israel dan membantu Gaza.
Aakj bukan pakar dalam bidang aviation..namun kalau tidak ada kerjasama dari pihak "control tower" mana mungkin ada yang tahu ketepatan masa sesebuah pesawat lalu di laluan tersebut.
Sehebat mana pelancar berpandu darat ke udara..kalau tidak tahu dengan tepat kedudukan masa laluan sesebuah pesawat..agak mustahil mereka mampu tembak dengan tepat..
Sistem Peluru Berpandu tersebut jenis "Mobile"..bermakna mereka punyai masa untuk meletakkan di mana kedudukan sesuai untuk mencapai tahap tembakan 30,000 kaki..
Malah pelancar itu bukannya sepanjang masa di tempatkan di kubu khas kerana ianya berhadapan dengan risiko diserang oleh pihak tentera kerajaan Ukraine yang sentiasa memantau kekuatan senjata pihak pemberontak.
Maksud Aakj..kenderaan pelancar itu digunakan hanya dalam keadaan tertentu..bila terdesak..itu point of view aakj. Lainlah kalau ianya serangan bertali arus atau peperangan berlangsung tanpa henti..
Sistem Pelancar itu juga bukan murah harganya dan yang boleh kendalikan sistem itu tidak ramai kerana ianya perlukan latihan yang rapi dan untuk berlatih ianya juga bukannya murah.
Apakah ada "team import" untuk buat kerja jahat ini?
Nampak terang..amat sukar untuk pasukan penyiasat dan pasukan perubatan untuk masuk menjalankan tugas mereka..kalau Rusia hebat atau rapat dengan kumpulan pemberontak..hanya dengan satu panggilan telepon saja maka Gencatan Senjata yang sebenarnya akan berlaku...dah masuk hari ke berapa ni..tidak terfikirkah mereka ini emosi keluarga mangsa yang masih menunggu jenazah kembali kepangkuan mereka?
Ya Allah..janganlah uji kami setahap ini..sesungguhnya kami tidak mampu..permudahkanlah kami ya Allah..aminn.
Lahad Datu : Inside Story - The "Death Diary"
Written By Unknown on 29/06/2014 | 10:00 pm
Tiba-tiba Aakj teringat, masih ada bingkisan 'rahsia' yang masih belum Aakj kongsikan bersama sahabat-sahabat pembaca blog Aakj..kisah Lahad Datu yang tak pernah hilang dari ingatan Aakj..kekadang ianya terbawa pada igauan.."terjerit-jerit bila mengigau"...
Aakj pernah ceritakan pengalaman semasa di sana, klik di SINI.
Masa dok sorting foto-foto kenangan sepanjang jadi Penggiat Media Sosial melalui medium Blog, Facebook dan Twitter, Aakj terjumpa foto-foto di atas..baru Aakj teringat..dan ianya membuat sedikit jawapan pada persoalan yang selama ini tertanam dikepala ini terjawap.
Persoalan timbul - Kenapa mereka dengan mudah datang serah nyawa..yelah..mereka datang bukannya dengan peralatan yang canggih dan persiapan yang rapi..datang pula dengan hajat besar..nak ambil negara orang..ya Allah...baru Aakj perasan kenapa....
Apatah lagi yang terbaru, tangkapan terhadap anggota keselamatan, klik di SINI dan orang kampung yang dikatakan menjadi tali barut pengganas Sulu, klik di SINI.
Paling awal talibarut di tangkap, klik di SINI. Suspek ini ditahan kerana membekal maklumat sulit pada Pengganas Sulu ketika minggu pertama Pengganas Kiram III serang Lahad Datu.
Manusia ni mudah diceroboh akalnya..dari waras mampu jadi tidak waras..malah boleh serah nyawa..kalau tidak, manakan ada kumpulan perompak yang sanggup rompak bank, kumpulan perogol dan kumpulan pengedar dadah..mereka tahu kerja tu salah namun mereka buat juga..malah mampu tarik orang lain untuk turut serta..gila kan !!
Samalah dengan Kumpulan Penjenayah dan Penceroboh Kiram III ni..dengan hanya tak sampai ketumbukan kekuatan 500 orang..mereka boleh datang ke Lahad Datu..datang pula tu dengan penuh confident..macam tak takut langsung..
"Selain dari janji bulan dan bintang..mereka juga dijanjikan syurga..mati syahid bila lawan Kerajaan Malaysia" - sumber
Namun apa yang Aakj temui semasa memeriksa foto-foto kenangan semasa di Lahad Datu, menguatkan lagi..kenapa mereka sanggup datang dengan berani di Lahad Datu...lihat gambar yang tertera "Diari 7 Hari Kehidupan" di sekeping kertas yang ditemui dalam dompet salah seorang pengganas Kiram III.
Cuba peratikan apa yang dibekalkan oleh Kiram III..macam kitab Tajul Muluk kot..maaf Aakj pun tak pernah tengok Kitab Tajul Muluk tu..cuma dengar-dengar ianya kitab panduan seharian kita..amalan hari apa ok hari apa tak berapa ok..itu yang Aakj dengar..
Tapi yang Pengganas Kiram III ni guna..pergHHH gila..siap tahu BILA HARI NAK MATI dan TAHU JAM BERAPA AKAN JADI MAYAT...
Patutlah mereka berani datang..mereka sanggup tinggal anak isteri..mereka sanggup gadai nyawa..rupanya mereka boleh tengok hari 'nyawa' melayang hehe..
Sayangnya, ketika mayat suspek ini dijumpai..apa yang terkandung dalam 'death diary' hanyalah penipuan semata-mata..dia mati pada hari yang tertulis "BAIK" !!
...bersambung
Senarai Rombakan Kabinet
Written By Unknown on 25/06/2014 | 1:41 pm
