Home » , , » Krisis Gila Kuasa : UMNO Selangor Masih Bangga Dengan Program "Masak-Masak"

Krisis Gila Kuasa : UMNO Selangor Masih Bangga Dengan Program "Masak-Masak"

Written By Unknown on 07/09/2014 | 2:28 pm

Bukan niat nak burukkan sesiapa..jauh sekali nak kondem apa yang dibuat oleh Pengerusi Umno Selangor dan juga Ketua Pembangkang Dun Selangor.

Hampir sebulan kita disajikan dengan drama manusia yang gila kuasa..berebut kerusi Menteri Besar Selangor tanpa rasa malu..tanpa sedikitpun rasa hina..malah kulit muka manusia manusia tersebut umpama kulit babi hutan..

Bukan nak menyibuk hal dalam kain orang tapi sekadar nak bertanya kedua pemimpin Umno yang pegang jawatan kat atas yang aakj sebut diawal bicara :

1. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-tidak pentingkah saat ini buat roadshow di seluruh Selangor..terangkan kepada rakyat dan pengundi tentang kerakusan manusia pakatan haram.
-tidak perlukah ketika ini Umno bangkit menggunakan isu ini sebaik mungkin untuk tarik balik sokongan rakyat pada BN.
-salahkah buat secara agresif?

2. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Tidakkah rugi dalam isu yang paling besar selepas BN kalah teruk di Pru13..Pas pula lebih menonjol dalam isu yang mereka sendiri yang reka ini? Walhal UMNO boleh beri keterangan kepada rakyat Selangor tentang game 3 kepala yang biol dalam Pas..Dap dan Pkr inilah sebenarnya punca imej negeri Selangor tercalar tahap gaban ni.

3. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Kalau tak mampu jadi nakhkoda..undur saja.
-Kalau tak mampu bawa tugas penerangan..undur saja.
-Kalau tak mampu menyerang di Sidang Dun dengan isu hot..undur saja.

4. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Takkanlah unit media terpaksa diserahkan kepada individu yang selalu hentam Pejabat PM sebagai Jeneral.
-Takkanlah unit media hanya buat cerita tentang program makan makan untuk bahagian tertentu sahaja..tambah sembelit..adalah cerita satu dua bab longkang belakang rumah ketua cawangan yang tersumbat..(harap berita ni tak betul)
-Takkanlah jentera cywar media terdiri dari anak pinak yang blognya hanya dibaca oleh 15 orang sehari..dan menyenakkan perut akaun facebook pun hanya 12 fren sahaja..(harap sangat berita ni tak betul)

5. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Cukupkah dengan laungan dan tempikan minta setiap cawangan dan bahagian tambah ahli dari padang golf dan dari tanah seberang? (Sedang menunggu foto dari padang golf)
-Cukupkah hanya bergantung harap dengan jentera wanita? Pemuda dan Puteri dok buat apa?

6. Umno Selangor sedang buat apa sekarang?
-Masih terlalu ramai Ketua Bahagian yang menang bertanding tempohari yang hanya tahu buat program syok sendiri..kehadiran sekitar 55 orang pun dah gah bagai 5000 orang.
-Masih terlalu ramai Ketua Bahagian tidak mampu bentuk "jemaah fikirman atau ahli fikir" untuk canaikan satu usaha atau program yang berimpak besar untuk Umno dan BN. You know y..coz..takut ada yang lebih cerdik darinya dan takut kerusinya bakal d ganti next term.

Banyak lagi yang aakj nak minta Noh Omar jawab dan Samsudin Lias jawab...dan jawablah depan rakyat dengan aksi yang mampu kejutkan rakyat Selangor dari tidur..jawablah dengan aksi yang mampu ubah perangai Ketua Bahagian Umno..hidup kita tidak menongkat langit..jangan pandang hina pada ahli yang serahkan amanah pada anda.

Sedeh aakj dengar bila majoriti Adun yang menang dan Ketua Bahagian yang menang tak yakin nak ambil balik Selangor..

Tidak salah bermain golf..ke Tanah Seberang..tapi salah kalau masa bekerja anda "buka pejabat" d sana !!..cukup ke dengan hantar sms atau whatApp kepada Adun lain untuk menjawab soalan dalam Dewan? (Harap berita ni tak betul jugak laaa)

..bersambung...maafkan aakj..bukan niat nak cari salah..tapi nak kejutkan anda semua..kata arwah abah..harimau ni kalau tidur..dia bukan kucing ketika itu..dia tetap harimau!!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger