Home » , » IQRA' : Buah Khuldi, Unta Betina & Anjing

IQRA' : Buah Khuldi, Unta Betina & Anjing

Written By Unknown on 20/10/2014 | 5:19 pm



Semalam tiba-tiba bergegar dalam media sosial cerita tentang program yang tak pernah terfikir dalam kepala Umat Melayu Islam Malaysia, Program "Aku Nak Sentuh Anjing" - "I Want To Touch A Dog" yang khabarnya dianjurkan oleh Melayu Islam sendiri.

Kononnya tujuan murni program ini adalah nak buang rasa takut pada Melayu terhadap anjing !!

Untuk meredakan kerisauan peserta yang ingin turut serta maka pengajur khabarnya menjemput Ustaz dari MAIS untuk ceramah sedikit tentang apakah najis yang di kelaskan untuk anjing dan bagaimana nak samak kiranya bersentuhan dengan anjing. Entah kitab mana dan ilmu mana yang beliau gunakan Aakj tak pasti.

Dalam Islam memang sah mengatakan anjing itu haram di makan..tu bab makan..tapi bab bersentuhan, Allah letak syarat untuk sucikan diri kiranya bersentuhan samada sengaja atau tidak. Malah indahnya Islam, kita akui semua makhluk dan apa sahaja yang ada di bumi, langit dan antara keduanya adalah ciptaan Allah swt. Kita tidak ragui sedikitpun tentang isu ini.

Malah haramnya makan anjing adalah bukan sebab untuk umat Islam menganiaya anjing kerana ada kisah Pelacur yang beri anjing minum pun Allah letakkan dalam syurga. 

Namun mungkin Ustaz MAIS itu lupa tentang satu perkara. Yang tersiat dan tersurat kiranya dia ahli mufassir. Bukan main pakai ambil hadis atau firman dan kupas mengikut kepala lutut. Sesat jadinya !! Bukan pahala yang dapat, bukan Rahmat Allah yang kita perolehi tetapi bala yang Allah turunkan.

Ustaz MAIS dan penganjur mungkin lupa apa itu Perintah, Ujian dan Larangan Allah ! Ketiganya berkait !

Pelacur bantu anjing dan Allah tempatkan dia ke dalam syurga kerana sifat "perintah" Allah.

Membantu makhluk atau hamba Allah yang dalam kesusahan besar ganjarannya. Ketika itu ujian Allah ingin melihat sejauh mana Pelacur melihat anjing yang haram dimakan dan haram bersentuhan pun tidak seperti sentuh kucing atau binatang lain..Allah nak tengok, apakah pelacur itu sanggup membantu makhluk ciptaan Allah. Hasilnya, Allah ganjarkan syurga.

Lihat saja kisah Nabi Adam a.s dan Hawa a.s, apakah ujian yang Allah berikan kepada mereka?

Allah uji dengan perintah jangan dekati pokok Khuldi dan Allah melarang memakan buahnya. Allah tidak jelaskan tentang buah khuldi itu beracun atau tidak tetapi Allah yang perintahkan dan Allah letak larangan dalam ujian terhadap KEPATUHAN hamba terhadap PenciptaNya.

Apa jadi kepada Nabi Adam a.s dan Nabi Hawa a.s? tak perlu Aakj ceritakan panjang lebar di sini, semua tahu hukuman yang diterima oleh mereka. Dikeluarkan dari syurga ! sebab apa? sebab langgar PERINTAH Allah dan GAGAL dalam ujian LARANGAN !

Kisah Unta Betina juga sama, kaum Nabi Saleh a.s.

Dalam kisah ini pun sama, Allah swt letak ujian, perintah dan larangan. Allah uji kaum Nabi Saleh a.s. 

Allah swt UJI, datangkan lembu betina yang menghasilkan susu yang banyak serta mampu ringankan beban krisis makanan ketika itu..

Allah swt PERINTAH, jangan disakiti unta betina dan jangan dibunuh.

Allah swt LARANG, jangan ganggu unta betina itu makan dan berkeliaran.

Akhirnya umat Nabi Saleh a.s GAGAL dalam ujian dan Allah swt hantar bala!!

Bagaimana dengan kita dan anjing?

Allah swt melarang, menguji dan memerintah kita berhubung dengan haiwan ciptaan Allah ini..ada sebab Allah swt melalui Nabi saw meletakkan syarat bersihkan diri dengan 7 cucian termasuk satu dari air bercampur tanah kiranya tersentuh dengan tidak sengaja atau dalam keadaan darurat.

Allah swt dalam perintahnya tersembunyi 1001 hikmah..tidak perlu kita bertanya itu dan ini..tak perlu persoalkan kenapa Allah buat begitu dan begini..Allah nak lihat KEPATUHAN kita tanpa ragu !!

Apakah perintah Allah swt perlu dipersoalkan?

Tak perlu rasanya Aakj letak firman dan hadis dalam isu anjing ini, semua dah tahu..ini sekadar apa yang aakj belajar dari Tok Guru aakj tentang "dengar dan patuh" terhadap perintah Allah swt.

Jangan kerana kita terlalu ghairah untuk mencipta sesuatu yang baru..kita bukan merapatkan jurang antara manusia tetapi kita mengundang BALA !!

Wallahualam



Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
10/20/2014 10:31 pm

Assalamualaikum :)

Saya minta jasa baik Encik untuk memadamkan gambar ini kerana ia adalah gambar saya dan ia akan menimbulkan further fitnah for me. Saya faham perkara ini mungkin sangat sensitive but please do not violate my privacy.

Terima kasih.

Assalamualaikum.

10/21/2014 1:15 am

Tiada istilah privacy apabila anda mengambil bahagian dalam acara di tempat awam. Full stop.

Anonymous
10/21/2014 11:56 am

Saya sebagai org yg difitnah, have already seeked forgiveness from the Almighty kerana Allah maha pengampun dan maha pengasih. Tapi cik yg telah menabur/menyokong fitnah kepada saya, saya ucapkan semoga cik mendapat hukuman yang setimpal di akhirat kelak. Assalamualaikum.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger