Home » » Percikan Darah Nabi Di Dalam Gua Bukit Uhud Satu Penipuan

Percikan Darah Nabi Di Dalam Gua Bukit Uhud Satu Penipuan

Written By Unknown on 25/08/2014 | 2:10 pm





Sehari dua ni aakj dok perati dalam beberapa artikel termasuk kisah wartawan NTV7 yang dikatakan telah ke sebuah gua yang berada dalam jajaran bukit Uhud dan terhidu bau wangi dan mendakwa itu adalah bau dari darah Nabi saw..percikan darah Baginda saw.

Aakj sendiri ada ke sana beberapa tahun yang lepas bersama abang aakj..versi yang sama, cuma pada masa tu terpaksa ikut rombongan walau hati berat nak pergi..maklumlah musim panas. Aakj turut naik dan berdoa d dalamnya..


Untuk sampai ke tempat percikan darah..hanya satu atau dua orang sahaja yang boleh masuk kerana di dalamnya agak sempit. Dalam hati Allah je tahu..curam dan batu kerikil semasa mendaki boleh buat kita tergelincir.


Masa tu Aakj terlupa sejarah yang kita juga belajar..apakah sejarah itu salah atau Aakj yang salah dengar masa kuliah?


Persoalannya :


1. Benarkah itu percikan darah Baginda saw?

-seingat Aakj, ada hadis mengatakan kiranya darah Nabi saw menitik ke bumi nescaya akan hancurlah bumi..baca kisah Baginda saw ketika berdakwah di Taif..Baginda saw cedera teruk kena lontara batu dari pemuda nakal Taif.

-Darah yang mengalir ketika itu dan Nabi saw tekap dengan jubahnya agar tidak menitik ke bumi. Darah mengalir dan terserap juga di kasut Nabi saw.


2. Betulkah Nabi saw lari dari peperangan Uhud itu, seingat Aakj..Nabi saw tidak lari dari peperangan. Kisah perang Uhud, Nabi saw jatuh ke dalam lubang dan dilindungi oleh beberapa sahabat Nabi saw sebagai perisai..ada riwayat mengatakan seorang Sahabiah yang melindungi Nabi saw dari panah ketika itu dan Nabi saw cedera di pipi akibat tusukan topi perang yang Baginda saw pakai.


3. Lari dan berundur dengan bala tentera tidak sama


4. Aakj lihat sendiri banyak botol minyak atar yang kosong di dalamnya..macam cerita kubur Memali !!


Paling jelas, ketika itu Aakj dihampiri oleh Polis Saudi dan mereka jelaskan ini cerita karut dan bidaah !!


Wallahhualam.




Aakj di Medan Uhud, klik d SINI.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger