SEORANG penghidap sindrom Asperger maut apabila ditumbuk oleh seorang lelaki hanya dengan satu tumbukan.
Saat pesakit Asperger Andrew Young, 40 tahun, ditumbuk dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Charminster, Bournemouth, United Kingdom.
Pada awalnya Andrew menegur seorang lelaki yang menaiki basikal Victor Ibitoye, kerana berkayuh di atas bahu jalan yang menjadi kawasan pejalan kaki.
Andrew berkata kekpada Victor perbuatan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Ketika Victor mahu beredar meninggalkan Andrew, datang rakannya Lewis Gill, 20 tahun, terus menumbuk Andrew tepat di muka.
Andrew jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk permukaan jalan raya. Dia meninggal dunia pada keesokan harinya kerana kecederaan di kepala.
Kerana perbuatannya, Lewis dijatuhi hukuman penjara selama empat setengah tahun Jumaat lalu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian.
Ibu mangsa, bagaimanapun menganggap tempoh hukuman penjara yang dikenakan tidak mencukupi.
“Hukuman penjara ini umpama satu gurauan, saya fikir jika seseorang telah mengambil nyawa orang lain, orang itu pula perlu bersedia untuk nyawanya juga diambil,” kata Pamela Young.
Peguambela Lewis, Steven Perian dalam hujan pembelaannya berkata anak guamnya bertindak balas kerana Andrew membuat dakwaan bersifat perkauman.
Kejadian menyayat hati ittu berlaku pada 6 November tahun lepas. – MYNEWSHUB.MY
\
Post a Comment