Home » » Lahad Datu : Inside Story - The "Death Diary"

Lahad Datu : Inside Story - The "Death Diary"

Written By Unknown on 29/06/2014 | 10:00 pm






Tiba-tiba Aakj teringat, masih ada bingkisan 'rahsia' yang masih belum Aakj kongsikan bersama sahabat-sahabat pembaca blog Aakj..kisah Lahad Datu yang tak pernah hilang dari ingatan Aakj..kekadang ianya terbawa pada igauan.."terjerit-jerit bila mengigau"...

Aakj pernah ceritakan pengalaman semasa di sana, klik di SINI.

Masa dok sorting foto-foto kenangan sepanjang jadi Penggiat Media Sosial melalui medium Blog, Facebook dan Twitter, Aakj terjumpa foto-foto di atas..baru Aakj teringat..dan ianya membuat sedikit jawapan pada persoalan yang selama ini tertanam dikepala ini terjawap.

Persoalan timbul - Kenapa mereka dengan mudah datang serah nyawa..yelah..mereka datang bukannya dengan peralatan yang canggih dan persiapan yang rapi..datang pula dengan hajat besar..nak ambil negara orang..ya Allah...baru Aakj perasan kenapa....

Apatah lagi yang terbaru, tangkapan terhadap anggota keselamatan, klik di SINI dan orang kampung yang dikatakan menjadi tali barut pengganas Sulu, klik di SINI.

Paling awal talibarut di tangkap, klik di SINI. Suspek ini ditahan kerana membekal maklumat sulit pada Pengganas Sulu ketika minggu pertama Pengganas Kiram III serang Lahad Datu.

Manusia ni mudah diceroboh akalnya..dari waras mampu jadi tidak waras..malah boleh serah nyawa..kalau tidak, manakan ada kumpulan perompak yang sanggup rompak bank, kumpulan perogol dan kumpulan pengedar dadah..mereka tahu kerja tu salah namun mereka buat juga..malah mampu tarik orang lain untuk turut serta..gila kan !!

Samalah dengan Kumpulan Penjenayah dan Penceroboh Kiram III ni..dengan hanya tak sampai ketumbukan kekuatan 500 orang..mereka boleh datang ke Lahad Datu..datang pula tu dengan penuh confident..macam tak takut langsung..

"Selain dari janji bulan dan bintang..mereka juga dijanjikan syurga..mati syahid bila lawan Kerajaan Malaysia" - sumber

Namun apa yang Aakj temui semasa memeriksa foto-foto kenangan semasa di Lahad Datu, menguatkan lagi..kenapa mereka sanggup datang dengan berani di Lahad Datu...lihat gambar yang tertera "Diari 7 Hari Kehidupan" di sekeping kertas yang ditemui dalam dompet salah seorang pengganas Kiram III.

Cuba peratikan apa yang dibekalkan oleh Kiram III..macam kitab Tajul Muluk kot..maaf Aakj pun tak pernah tengok Kitab Tajul Muluk tu..cuma dengar-dengar ianya kitab panduan seharian kita..amalan hari apa ok hari apa tak berapa ok..itu yang Aakj dengar..

Tapi yang Pengganas Kiram III ni guna..pergHHH gila..siap tahu BILA HARI NAK MATI dan TAHU JAM BERAPA AKAN JADI MAYAT...

Patutlah mereka berani datang..mereka sanggup tinggal anak isteri..mereka sanggup gadai nyawa..rupanya mereka boleh tengok hari 'nyawa' melayang hehe..

Sayangnya, ketika mayat suspek ini dijumpai..apa yang terkandung dalam 'death diary' hanyalah penipuan semata-mata..dia mati pada hari yang tertulis "BAIK" !!

...bersambung






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger