Enam pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang juga saudara kepada Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah, awal pagi tadi.
Kumpulan terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu sebelum dicekup dalam operasi yang dilakukan pasukan cawangan Khas dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah antara jam 2 hingga 6.30 pagi itu.
Enam individu yang terdiri daripada lima warga tempatan termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang warga sulu Filipina itu ditahan berasingan di tiga kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bakau dan Kampung Basilan.
“Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.
Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan, katanya.
Menurut polis, suspek yang ditangkap adalah seperti berikut:
1. Abu Bakar Jayari @ Alex (531204-12-5015)
2. Ilyasa Abu Bakar @ Maharaja Omar (anak kepada Alex)
3. Zainuddin Mislani (Koperal RF/112829)
4. Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin)
5. Industan @ Md Bustan Lumatang @ Hindustan (580914-12-5277 / H064129)
6. Sitti Nukah Abdul Lama (Isteri kepada Kassim, 570812-12-5488)
-beritaringkas
Post a Comment