Home » , » #justice4MH17 ; Peluru Di Jumpai, Pihak "Menara Kawalan" Bersubahat?

#justice4MH17 ; Peluru Di Jumpai, Pihak "Menara Kawalan" Bersubahat?

Written By Unknown on 20/07/2014 | 8:01 pm

Tragedi ini banyak menimbulkan tandatanya..kenapa pesawat kita jadi mangsa sedangkan pada hari tersebut berpuluh pesawat menggunakan laluan yang sama

Tertanya diri ;

1. Apakah ianya ada kaitan dengan penumpang yang datangnya dari negara yang bermusuh dengan Ukraine, Rusia atau dengan pemberontak..kalau ikut manifest penumpang..rakyat dari Belanda adalah penumpang paling ramai..dan kita boleh lihat Kerajaan Belanda telah memberi amaran keras terhadap pihak yang terlibat.

2. Apakah ianya berkaitan dengan ketegasan kita dalam isu kezaliman Israel di Gaza..Malaysia sebelum kejadian telah mengistiharkan akan hantar pasukan perubatan yang jumlahnya paling besar bagi membantu rakyat Gaza yang dilanda petaka serangan Zionis berhati iblis. Dalam masa yang sama Tun M sendiri sedang berusaha mendapatkan sokongan 10 negara lain untuk turut serta mengecam Israel dan membantu Gaza.

Aakj bukan pakar dalam bidang aviation..namun kalau tidak ada kerjasama dari pihak "control tower" mana mungkin ada yang tahu ketepatan masa sesebuah pesawat lalu di laluan tersebut.

Sehebat mana pelancar berpandu darat ke udara..kalau tidak tahu dengan tepat kedudukan masa laluan sesebuah pesawat..agak mustahil mereka mampu tembak dengan tepat..

Sistem Peluru Berpandu tersebut jenis "Mobile"..bermakna mereka punyai masa untuk meletakkan di mana kedudukan sesuai untuk mencapai tahap tembakan 30,000 kaki..

Malah pelancar itu bukannya sepanjang masa di tempatkan di kubu khas kerana ianya berhadapan dengan risiko diserang oleh pihak tentera kerajaan Ukraine yang sentiasa memantau kekuatan senjata pihak pemberontak.

Maksud Aakj..kenderaan pelancar itu digunakan hanya dalam keadaan tertentu..bila terdesak..itu point of view aakj. Lainlah kalau ianya serangan bertali arus atau peperangan berlangsung tanpa henti..

Sistem Pelancar itu juga bukan murah harganya dan yang boleh kendalikan sistem itu tidak ramai kerana ianya perlukan latihan yang rapi dan untuk berlatih ianya juga bukannya murah.

Apakah ada "team import" untuk buat kerja jahat ini?

Nampak terang..amat sukar untuk pasukan penyiasat dan pasukan perubatan untuk masuk menjalankan tugas mereka..kalau Rusia hebat atau rapat dengan kumpulan pemberontak..hanya dengan satu panggilan telepon saja maka Gencatan Senjata yang sebenarnya akan berlaku...dah masuk hari ke berapa ni..tidak terfikirkah mereka ini emosi keluarga mangsa yang masih menunggu jenazah kembali kepangkuan mereka?

Ya Allah..janganlah uji kami setahap ini..sesungguhnya kami tidak mampu..permudahkanlah kami ya Allah..aminn.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger