Home » » Senarai 30 Adun Sokong Wan Azizah

Senarai 30 Adun Sokong Wan Azizah

Written By Unknown on 14/08/2014 | 2:40 pm

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan bahawa pihaknya memiliki sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor iaitu sebanyak 30 Ahli DUN sekaligus membuktikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah hilang sokongan majoriti di dalam dewan.

Dr Wan Azizah berkata kesemua 30 ADUN berkenaan itu juga sudah pun menandatangani Akuan Bersumpah untuk mengesahkan sokongan mereka.

Perkara itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini bersama suaminya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, saya telah mengutus surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 11.30 pagi tadi ini untuk memohon perkenan menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan Tuanku seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi Speaker DUN Selangor memanggil sidang DUN untuk memuktamadkan proses pertukaran Menteri Besar," katanya dalam sidang media itu.

Beliau yang juga ADUN Kajang turut menasihati Abdul Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokradi segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya kelayakan beliau sebagai Menteri Besar.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger