Awalnya Aakj buat artikel ringan GST berkenaan dengan dialog pertanyaan pemegang akaun twitter yang bernama "embun" tentang kerisauan beliau mengenai harga barang hantaran kahwin yang mungkin melambung kononnya berikutan Kerajaan akan laksanakan GST pada tahun hadapan. Klik di SINI.
Aakj sendiri pun tidak berapa mahir hal ini, maklumlah kita ni lepasan jurusan lain..namun hidup ni sentiasa ada jalan penyelesaian pada jawapan kiranya kita ikhlas nak tahu..bertanya pada yang pakar..supaya tidak sesat..bukannya bertanya kepada manusia yang naik pentas ceramah politik, yang lulusannya pun cukup-cukup makan bab agama misalnya..tapi kupas hadis quran bagaikan Ulama Mufasir..hati-hati..bila ilmu cetek..kita akan termalu bila ditanya tak dapat jawab.
Aakj terus hubungi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan untuk puaskan hati dan untuk yakinkan lagi pembaca yang ingin tahu tentang isu yang ditanya oleh "embun" itu. Sememangnya Aakj dah jangka beliau akan jawab soalan yang Aakj tanya tapi tidak jangka secepat itu Beliau jawab..Aakj pun faham, dengan kesibukan beliau di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia..Aakj tidak sangka, tak sampai 10 minit Datuk Ahmad Maslan menjawab dengan jawapan yang amat ringkas dan padat.
Bukan nak puji..tapi itulah Datuk Ahmad Maslan yang dah lama Aakj kenal..beliau akan sentiasa serius dalam setiap amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan UMNO maupun Kerajaan Malaysia.
Terima Kasih Datuk, saya hargai keperihatinan Datuk tentang isu GST ini kerana isu ini sudah dipolitikkan oleh pihak pakatan haram. Tahniah juga kerana sentiasa kekal pantas dalam tindakbalas demi menguraikan permasalahan rakyat.
Nampak kecil je masalah ini namun Datuk Ahmad Maslan melihat kata-kata ulama ini, "Gunung terbentuk dari himpunan pasir-pasir yang halus.." , bahaya kalau masalah dah jadi gunung.
Bagi Aakj, bukan isu soalan GST yang Aakj nak highlight tapi yang lebih penting adalah RESPON seorang yang diberi amanah kepadanya. Rakyat akan merasa Pemimpin itu dekat di hati mereka.
Well done Datuk..
**kat atas tu WhatsApp antara Datuk Ahmad Maslan dan Aakj pagi tadi.
16 Sept Selasa:
2.25 Ptg Tiba di Pengkalan Chepa
3.30 Ptg - Lawatan ke Pusat Media
4.15 Ptg - Solat Asar
4.30 Ptg - Tetamu Radio Kelantan di Stesen Siaran di Terbak, Tumpat (ttg GST)
5.30 Ptg - Program Ziarah Ukhwah - 15 rumah di PDM Pengkalan Kubor
6.45 Ptg - Perjumpaan
7.00 ptg - ke rumah di Kg. Telaga Lanas (PDM Kg Ketil)
7.15 Ptg - Solat Maghrib dan Tazkirah dan solat Isyak
8.40 Mlm - Makan Malam rumah keluarga angkat
9.00 mlm - Ceramah Kelompok PDM Ketil
10.00 mlm - Ceramah Kelompok PDM Bunohan
11.00 mlm - Ceramah kelompok PDM
12.00 mlm - Berehat di rumah org kpg
17 Sept Rabu
5.40 Pg - Solat Subuh di Madrasah PDM Geting
7.00 Pg - Sarapan pagi bersama masyarakat setempat di Kedai Makan Pak Man di Pasar Geting
8.00 pagi - Kunjungan Ukhwah 10 buah rumah di Pantai Geting
9.00 pagi - Lawatan ke Industri Kecil Karipap segera dan perjumpaan dengan pekerja (PDM Tebing)
9.45 pagi - Ziarah Ukwah 12 rumah di Kg Geting Surau
11.00 pagi -selesai
12.20 Tgh - Berlepas ke KLIA
Khamis & Jumaat datang lagi ke Pengkalan Kubor.
Post a Comment