Home » , , , » Karpal ; Kisah Seram Ketika Aakj Berada Di Lokasi Kejadian...

Karpal ; Kisah Seram Ketika Aakj Berada Di Lokasi Kejadian...

Written By Unknown on 21/04/2014 | 8:00 am



Kelmarin Aakj berkesempatan singgah di lokasi kejadian kemalangan maut yang melibatkan Karpal Singh dan pemandunya..keduanya mati d tempat kejadian..Van Toyota mewah jenama Alphard milik Karpal dikatakan melanggar belakang lori 5 tan..

Bermula saat itu maka Aakj dok perati ada cubaan untuk menampakkan bahawa Karpal tidak bersalah..malah ada juga kedengaran bahawa lori tersebut berada di lorong yang tidak sepatutnya..lorong kanan !!

Allah Maha Kaya..Allah ciptakan kita mata untuk melihat sendiri, otak untuk berfikir secara waras dan anggota pancaindera yang lain untuk melihat apa sebenarnya yang HAK !! 

Atas rasa simpati kepada pemandu lori, isteri dan anak perempuannya yang berumur 4 tahun yang turut ada bersama ketika kejadian..Aakj singgah untuk melihat sendiri..hasilnya..Aakj dedah sikit je dulu..ianya bukan bermaksud nak ganggu siasatan pihak Polis..sekadar my point of view..

Lokasi kejadian sebenarnya adalah ketika "Jalan Menurun Bukit" !! Lihat Foto di atas yang Aakj ambil sendiri, mana mungkin dengan muatan berat dan bawa bersama anak isteri, sipemandu lori nak tekan minyak ketika jalan mula menurun...maaf lagi sekali abe polis..Aakj hanya beri pendapat..

Paling bertambah menarik..harap semua bersabar..ada "bukti" yang bakal d dedahkan oleh sahabat Aakj dalam portal beliau...sabar...

Malah Isteri Pemandu Lori juga ada kisahnya sendiri d SINI...




(Dalam akta pengangkutan jalan 1987(APJ 1987) jelas mengatakan langgar belakang salah..)



Baca Laporan BERNAMA

IPOH, 17 April (Bernama) — Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

“Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

– BERNAMA


KISAH SAMPINGAN YANG MENARIK...

Hahahaha lihat foto d bawah...kecoh satu dunia..kata sahabat Aakj..Foto Of The Week !!..foto ini ada d semua medium maya..bermula dari Twitter..masuk Facebook..pi kat blog Pro BN..masuk kat blog pakatan haram jadah..keluar kat group wassup pro BN..masuk balik kat Forum pro pakatan haram..terus juga ke wassup pakatan haram..berlegar dalam portal-portal besar milik pakatan haram dan pro BN..wahhhh hahahaa

Ramai sahabat Aakj call,sms,wasup personal,inbox dalam FB malah dalam twitter pun mention Aakj :

"Foto Abg Mie ke tu bersama Raja Bomoh SeDunia?"

"Abang Mie dok buat apa tu..selfie ke hehe "

"Kenapa biarkan Raja Bomoh tu buat amalan Kurafat.."

Hehe..terima kasih pada semua yang bertanya dan beri komen yang menarik tak kurang juga yang jadikan gambar ini modal menghentam sesama sendiri samada di wall FB atau Twitter atau Blog atau Portal atau Group Wassup atau Group Telegram atau mediaum maya apa saja..Allahhuakbar !!

Sedih pun ada..yelah masih wujud gaya pemikiran yang negatif hanya dengan melalui "pandangan pada foto"..gaya pemikiran yang Aakj selalu cakap..."tuuuiHHHH" !! hahaha opsss..tak ludah sapa-sapa..ludah hantu kat lebuhraya je hahahaha..

Sabar ye sahabat-sahabat..nanti Aakj ceritakan "KISAH SEBENAR RITUAL RAJA BOMOH"....

Yaa..itulah Aakj..bukan berselfie..dok ambil gambar lokasi..keseluruhan lokasi dan kebetulan rombongan Raja Bomoh juga tiba d lokasi tersebut..pertama kali bertemu beliau..yelah dalam Blog Aakj mana pernah puji beliau sejak Insiden MH370 lagi..hentam bagai nak rak..alih-alih jumpa kat situ haha nasib baik dia tak cam sangat..kalau tak emmmm hahaha 

Masa ni rasanya Latifah Koya juga lalu kalau tak silap..perghhh dia pun twit juga...hehe

Harap semua sahabat bersabar..Aakj berkesempatan melihat apa yang Raja Bomoh ni buat..emmmm shhhh Aakj sempat snap foto ketika dia dok buat "rembas.."..bersambung...


Share this article :

+ comments + 1 comments

4/21/2014 3:15 pm

Kalau lori sebelah kanan lorong laju kenapa Alphard rosak teruk sebelah kiri?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger