Home » » MH192 ; Foto Pilot & Krew Yang Berjaya Kawal Keadaan ! Tahniah...

MH192 ; Foto Pilot & Krew Yang Berjaya Kawal Keadaan ! Tahniah...

Written By Unknown on 21/04/2014 | 8:45 am


TIADA apa yang kami di Mynewshub.my dapat katakan selain daripada ingin mengucapkan betapa bersyukurnya kami kepada Allah SWT kerana pesawat Mas MH192 dari Kuala Lumpur ke Bangalore, India akhirnya berjaya mendarat dengan selamat di KLIA.

Ini kerana dua jam kami menanti dengan penuh debar setelah pesawat itu dilaporkan diarah berpatah balik disebabkan menara kawalan mengesan sisa tayarnya yang meletup di landasan.

Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan tahniah pada juruterbang dan pembantunya serta semua anak kapal yang berjaya mengendalikan insiden mendebarkan ini dengan sangat cemerlang dan profesional.




Kita sebagai rakyat Malaysia kena berbangga kerana MAS terbukti mempunyai anak watan yang mempunyai skill atau kemahiran yang terbaik seperti mana yang boleh kita saksikan dalam insiden ini.

Ucapan tahniah juga kami ucapkan kepada petugas menara kawalan, anggota bomba dan semua yang terlibat bagi memastikan 159 penumpang selamat dari kejadian yang tidak diingini itu.

Syabas…andalah wira-wira kami! – Mynewshub.my


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger