Home » » Nurul Izzah Halau Media Macam Anjing ?!

Nurul Izzah Halau Media Macam Anjing ?!

Written By Unknown on 21/04/2014 | 7:00 am




Wartawan Antarapos telah dihalau keluar oleh pengerusi majlis Jelajah Pandan bersama Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution yang berlangsung di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Insiden itu berlaku selepas jurukamera Antarapos sedang merakamkan visual Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama beberapa ahli parti itu .

Selang beberapa minit merakam aksi Izzah, beliau bangun dan terus mendapatkan urus setia program berkenaan sebelum pengumuman agar krew Antarapos diminta keluar dari dewan dibuat.

"Apakah wartawan diundang? soal Izzah.

"Kami tak tahu dia (Antarapos) datang sendiri," jawab urusetia terbabit.

Selepas diminta keluar pengerusi majlis bergegas mendapatkan wartawan kami dan beliau memohon maaf kerana terpaksa bertindak sedemikian.

Katanya, program jelajah yang berlangsung hari ini hanya untuk ahli parti sahaja.

Beliau juga berkata media hanya akan dilayan selepas majlis itu selesai.

Apa yang menghairankan, wartawan dari Sinar Harian yang turut hadir membuat liputan dibenarkan untuk terus berada dalam dewan terbabit.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger