TRANSFORMASI !!
Laungan slogan Transformasi bukan sekadar laungan d pentas ceramah, d perasmian majlis Kerajaan BN ataupun d program UMNO..ianya wajib d terjemahkan dalam usaha untuk perkasakan UMNO-BN !!
Visi PM Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti umat Melayu terbesar d dunia bukannya sebarang visi..visi yang amat jelas..nak lihat BN dan UMNO kekal relevan seiring dengan zaman.
Buat pertamakalinya UMNO d lihat begitu berani memperkenalkan peraturan baru dalam pemilihan pemimpin samada d peringkat akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan utama.
Peraturan yang menjadi undang-undang parti ini d buat agar WUJUDNYA KETELUSAN dalam memilih pemimpin yang betul-betul mampu memimpin..nak hapuskan POLITIK WANG dan nak padamkan POLITIK KUASA KUKUBESI !!
Datuk Seri Najib sendiri d lihat begitu berani 'dedahkan' diri dengan mempermudahkan syarat pemilihan kali ini - siapa saja yang layak boleh tawarkan diri jadi pemimpin..termasuk boleh mencabar Presiden Parti tanpa ada lagi sistem peratusan quota dari UMNO Bahagian, yang penting bagi PM Najib..ketelusan dan keterbukaan !!
Kini setelah UMNO melalui proses baru ini..tak perlu malu nak nafikan..terdapat banyak juga kelemahan, seolah-olah UMNO tidak bersedia sepenuhnya dalam meniti peraturan baru yang cuba d tunjukkan pada Rakyat Malaysia bahawa UMNO berani membawa perubahan dalam usaha mencari Pemimpin yang benar-benar BERMUTU yang mampu membawa cabaran d PRU14.
Apakah UMNO betul-betul serius ingin tunjukkan ketelusan dengan peraturan baru ini ? Kalau benarlah hasrat UMNO ini..kalau benarlah UMNO ingin berubah maka UMNO wajib berani hadapi SUARA KERAMAT-SUARA AKAR UMBI..jangan ambil mudah setiap ADUAN SALAH LAKU PERSIDANGAN baru-baru ini..
Kalau dulu..seluruh Rakyat Malaysia puji dan hormat dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin Parti bila ada kes POLITIK WANG..ada jerung yang kena hukuman..'perbicaraan' singkat dan keputusan muktamad..tak kiralah siapa yang salah..kita semua tahu kes beberapa pemimpin yang d kenakan hukuman POLITIK WANG ketika itu.
Bila UMNO berani kenakan peraturan baru maka UMNO wajib bersedia dan sanggup bertindak kiranya ada ahli yang masih keras kepala MENIPU dalam PEMILIHAN hanya kerana GILA JAWATAN !! Sekali lagi Rakyat Malaysia menunggu..apakah Jawatan Kuasa yang d beri amanah BERANI jalankan Amanah yang d beri !!
Bukan setakat Rakyat Malaysia..Ahli UMNO seluruh negara masih ternanti dan ingin melihat sejauhmana keberanian UMNO nak terjemah apa itu TRANSFORMASI kerana TERLALU BANYAK ADUAN yang kedengarannya sudah sampai ke ibupejabat UMNO Malaysia..
Hasrat Datuk Najib selaku Presiden UMNO ingin melihat UMNO kekal relevan bakal gagal kiranya Jawatan Kuasa yang d amanahkan GAGAL terjemahkan MISI dan VISI Presiden Parti !!
* Antara kes aduan ;
UMNO SEPANG - Klik d SINI
UMNO Kelana Jaya - Klik d SINI
..lain-lain aduan ambo tak senaraikan d sini..bersambung...
Post a Comment