Home » » Perlaksanaan GST ; Pakatan Haram Akan Terus Tentang !!

Perlaksanaan GST ; Pakatan Haram Akan Terus Tentang !!

Written By Unknown on 07/11/2013 | 12:00 pm


Pakatan Haram akan terus menentang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, penentangan itu kerana kerajaan Persekutuan masih belum menangani isu ketirisan, korupsi dan kronisme dalam pentadbirannya.

“Pelaksanaan GST ini pada waktu lebih 80 peratus rakyat Malaysia tiada duit untuk bayar cukai,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pada 25 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Tony turut mendakwa Kementerian Kewangan berkemungkinan tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai kesan negatif GST.


myNewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger