Email dari pengadu/perwakilan bagi menjawab kenyataan Noh Omar seperti yang d laporkan d BH ..ambo mohon ianya d siasat dengan adil ;
Pada
12.Oktober.2013 Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri Bahagian Sepang telah
mengadakan persidangan mereka sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi
UMNO.
Bagaimanapun
selepas selesai persidangan kedua-dua sayap tersebut ada pihak-pihak yang tidak
berpuashati telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor.
Hasil
daripada aduan tersebut telah membuatkan Persidangan Pergerakan Pemuda Umno dan
Persidangan Pergerakan Puteri Bahagian Sepang pada 12.Oktober.2013 dibatalkan.
Surat
pembatalan ditandatangani oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk
Seri Noh Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Selangor, Tan Sri Abu Hassan
Omar.
Surat
itu dihantar ke Pejabat Umno Bahagian Sepang pada 18.Oktober.2013 jam 4.21
petang melalui faksimili. Tempoh surat itu dihantar kira-kira lebih kurang 16
jam sebelum UMNO Bahagian Sepang mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian
Sepang. Iaitu pada 19.Oktober.2013 jam 8 pagi.
Persolannya
di sini , dari manakah Noh Omar mendapat kuasa untuk membatalkan Persidangan
Pemuda dan Puteri Bahagian Sepang ? Kuasa membatalkan persidangan sesebuah
bahagian terletak di tangan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat.
Namun
dek kerana sikap gilakan kuasa dan bodoh tidak boleh diajar Noh Omar tanpa segan
silu dalam surat tersebut menyatakan beliau mendapat kuasa yang diperturunkan
oleh Majlis Tertinggi Umno Malaysia.
Jika
beliau mendapat kuasa yang diperturunkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia,
kenapa tidak dinyatakan fasal berapakah perkara tersebut dinyatakan dalam
Perlembagaan UMNO ?
Jika
perkara tersebut tidak dinyatakan dalam perlembagaan, dimanakah surat kuasa
daripada Majlis Tertinggi UMNO yang diperturunkan kepada Noh Omar ? Kenapa ia
tidak disertakan bersama dengan surat pembatalan Persidangan Pemuda dan Puteri
Sepang ?
Saya
mempunyai asas untuk mengatakan Noh Omar seorang yang bodoh dan gila kuasa. Dek
kerana kebodohannya itu ianya boleh membawa bala kepada UMNO Malaysia jika ada
ahli bahagian Sepang mengadu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Saya sebagai
seorang ahli UMNO Bahagian Sepang yakin perkara ini akan berlaku jika UMNO
Malaysia tidak mengambil tindakan menyelesaikan perkara ini.
Anda
rujuk kepada surat-surat yang dilampirkan dan salinan Perlembagaan UMNO sebagai
bukti Noh Omar seorang yang bodoh.
Jika
dilihat kepada surat yang dilampirkan ianya kelihatan sama kerana kedua-duanya
mempunyai nombor rujukan yang sama - Bil:dlm.UMNO.SEL.13.(2013).
Sedangkan surat-surat dibawah berbeza satu sama lain. Satu surat untuk Pergerakan
Pemuda dan satu surat untuk Pergerakan Puteri. Disini pun sudah nampak
kebodohan Noh Omar yang pertama. Bagaimana surat untuk dua pihak atau perkara
yang berbeza boleh menggunakan nombor rujukan yang sama ?
Perkara
nombor 1 di muka surat 2 dalam kedua-dua surat berkenaan menyatakan seperti
berikut;
Sepuluh (10) wakil yang dipilih dalam
mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO pada 12 Oktober 2013 menurut fasal
14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili
Pemuda UMNO Bahagian ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 19 Oktober
2013.
Sepuluh (10) wakil yang dipilih dalam
mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO pada 12 Oktober 2013 menurut fasal 14.4.3
Perlembagaan UMNO adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili Puteri
UMNO Bahagian ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 19 Oktober 2013.
Ianya
bermaksud wakil kumpulan 10 (G 10) yang dipilih oleh Pemuda dan Puteri pada
persidangan mereka 12 Oktober 2013 untuk ke Mesyuarat Bahagian tidak boleh
mewakili sayap masing-masing ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang akan
diadakan pada 19 Oktober 2013.
Noh
Omar menggunakan fasal 14.4.3
Perlembagaan UMNO. Sekali lagi kebodohan Noh Omar terserlah. Fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah tidak
kena mengena sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh Noh Omar.
Fasal
14.4.3 Perlembagaan UMNO berbunyi seperti berikut;
Ketua Cawangan yang cawangannya telah
mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan. Ketua cawangan yang menjadi Ahli
Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.
Noh
Omar bercakap mengenai wakil G 10 yang tidak dibenarkan menghadiri Mesyuarat
Bahagian, kemudian digunanya fasal berkenaan Ketua Cawangan. Itulah bukti
kebodohan bertingkat-tingkat Noh Omar.
Dalam
hal ini Noh Omar bukan sahaja tidak mempunyai kuasa membatalkan Persidangan
Pemuda dan Puteri, malah tidak boleh menghalang wakil G 10 Pemuda dan Puteri
menghadiri Mesyuarat Bahagian.
Fasal
14.4 dibaca bersama dengan 14.4.5 yang berbunyi seperti berikut;
Perwakilan Bahagian hendaklah
terdiri daripada tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan
Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil
Pergerakan Puteri yang dipilih Bahagiannya masing-masing.
Ianya
jelas menyatakan setiap Mesyuarat Bahagian hendaklah
dihadiri 10 wakil Pemuda dan 10 wakil Puteri. Apabila perkataan hendaklah digunapakai ianya membawa maksud wajib atau tidak boleh
tidak.
Dalam
hal ini jelas Mesyuarat Perwakilan Bahagian Sepang pada 19.Oktober.2013 adalah
tidak sah kerana ianya tidak diwakili oleh 10 wakil Pemuda dan 10 wakil Puteri.
Noh
Omar dalam surat-suratnya yang bertarikh 18.Oktober.2013 kepada Setiausaha UMNO
Bahagian Sepang, diperenggan ketiga muka surat pertama kedua-dua surat
berkenaan menyatakan seperti berikut;
Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Sepang hendaklah diadakan semula pada tarikh yang akan
dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan
Puteri UMNO Bahagian Sepang hendaklah diadakan semula pada tarikh yang akan
dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Disini
sekali lagi Noh Omar menunjukkan kebodohannya yang gagal memahami Perlembagaan
UMNO. Dalam Perlembagaan UMNO ( Peraturan Pergerakan Pemuda Umno) (Peraturan
Pergerakan Puteri UMNO) , fasal 14.1 secara jelas menyatakan seperti berikut;
Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Pemuda
UMNO) – Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah
diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan
Tahunan UMNO Bahagian.
Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Puteri
UMNO) - Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian hendaklah
diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan
Tahunan UMNO Bahagian.
Ia
bermaksud, mesyuarat sayap-sayap hendaklah diadakan terlebih dahulu atau
diselesaikan terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Bahagian diadakan.
Dalam
kes di Sepang perlanggaran perlembagaan berlaku secara terang-terangan. UMNO
Bahagian Sepang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan mereka pada
19.Oktober.2013, sedangkan Pemuda dan Puteri belum bermesyuarat hingga kini.
Jika
Noh Omar seorang yang tidak bodoh dan beliau ada kuasa yang ‘diwahyukan’ oleh
Majlis Tertinggi UMNO, sepatutnya pada 18.Oktober.2013 beliau menghantar surat
kepada Setiausaha UMNO Bahagian Sepang meminta supaya UMNO Bahagian Sepang
menangguhkan dahulu Mesyuarat Bahagian mereka pada 19.Oktober.2013. Ini bagi
membolehkan Pemuda dan Puteri Umno Sepang menyelesaikan mesyuarat mereka
terlebih dahulu.
Majlis
Tertinggi UMNO Malaysia perlu memandang serius kes yang berlaku di Sepang ini.
Kerana di Sepang sekarang perkara ini boleh diibaratkan seperti api dalam sekam
yang akan menyala bila-bila sahaja. Jangan biarkan Noh Omar terus menerus
dengan kebodohannya kerana kelak ianya boleh mendatangkan masalah kepada UMNO. Apa
yang dilakukan oleh Noh Omar terang-terang melanggar Perlembagaan UMNO.
Mesyuarat
UMNO Bahagian Sepang yang diadakan pada 19.Oktober.2013 terang-terangan tidak
sah. Jika tidak diadakan persidangan semula , kedudukan perwakilan UMNO
Bahagian Sepang ke Persidangan Agung UMNO Malaysia juga tidak sah. Ini boleh
membuatkan PAU juga tidak sah.
Jalan
terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan semula Mesyuarat
Bahagian Sepang yang diseliakan oleh UMNO Malaysia. Dikedudukan ini juga adalah
wajar untuk Presiden UMNO mengkaji semula kedudukan Noh Omar sebagai Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Selangor. Bagaimana beliau hendak pegang jawatan itu
jika beliau sendiri pun tidak tahu dan tidak faham Perlembagaan UMNO.
Rasanya
tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pemimpin UMNO yang mengeluarkan
arahan menggunakan fasal yang langsung tidak ada kena mengena dengan arahan
yang dikeluarkan.
Sekian
Ahli
Umno Bahagian Sepang
Aakj ; siasat dengan adil bukan untuk UMNO Sepang sahaja..tapi untuk semua !! telan walaupun pahit..transformasi bukan "terang-terang basi " !!..buang parasit dalaman kiranya nak UMNO terus relevan
+ comments + 1 comments
saya shahrul adam saya tinggal di sepang .dengan siapa saya nak mintak bantuan untuk elakkan rumah saya di lelong oleh pejabat tanah sepang dalam masa tempoh sebulan. saya mempunyai lima orang anak empat darinya ingin bersekolah awal 2014 sedangkan pejabat tanah ingin lelong kediaman saya pada 31-12-2013 .saya tidak tahu nak buat apa .kenapa kerajaan selangor terlalu kejam hingga tak nampak masa bila patut untuk meluluskan bank untuk jual kediaman orang . saya dah tak tahu nak buat apa atau yang mana satu hendak di kejar anak sekolah atau rumah .kalau umno ada orang boleh tolong saya. hubungi saya 0129145590.
Post a Comment