BERAT !!
Kalau benarlah seperti yang d dakwa maka UMNO wajib ambil tindakan yang maksima..usah bicara soal TRANSFORMASI kalau masih wujud sikap cuba tutup bangkai busuk semata-mata kerana kemaruk kuasa !!
Ahli UMNO d seluruh Malaysia ingin melihat tahap ketelusan yang serius dari Pemimpin UMNO peringkat pusat..bukannya cakap lain buat lain dan bila terkena sahabat baik sendiri maka cuba wujudkan komplot untuk beri nyawa kepada manusia yang dengan berani cuba hancurkan UMNO dari dalam !!
Ambo dengar ada aduan yang amat serius terhadap Pihak Pengurusan UMNO Bahagian Kelana Jaya..pertuduhan yang boleh membawa HUKUMAN DI BUANG DARI UMNO..
Antara yang ambo dengar, perwakilan yang nak masuk mengundi tidak perlu tunjukkan kad pengenalan, ada tukang yang dok gegarkan otak urusetia wakil UMNO Negeri atau Pusat bahawa semua perwakilan mereka kenal..jadi tak perlulah tunjukkan kad pengenalan !! khabarnya tukang yang dok doktrin dengan laungan suara yang kuat adalah dari kumpulan Jawatan Kuasa Pemantau yang d lantik oleh pihak pengurusan UMNO Bahagian Kelana Jaya sendiri, paling terkejut bila ambo d beritahu bahawa Pemantau yang d lantik adalah yang sudah kena muflis..Calon tak leh muflis..perwakilan tak leh muflis..Pemantau boleh?..mohon pencerahan..
Bukan setakat isu tak perlu tunjuk Kad Pengenalan..paling memalukan ambo dengar dalam aduan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO Malaysia..terdapat perbuatan menipu..PERWAKILAN HANTU atau PENGUNDI HANTU yang jumlahnya bukan sedikit..lebih dari 200 perwakilan hantu yang d wujudkan dalam list nama ketika pendaftaran yang juga d kendalikan oleh Pihak Pengurusan UMNO Kelana Jaya...pergHHH..seolah-olah satu Dun yang bermesyuarat cawangan baru-baru ini tidak d SAHkan nama mereka sebagai PERWAKILAN !!
Terdapat juga Calon yang amat takut kalah dan kecut perut tidak mengendahkan Kod Etika Berkempen..sanggup berdiri, membawa bahan kempen dan berkempen dengan suara lantang d hadapan perwakilan yang berbaris untuk mengundi..apa nak takut..mereka adalah dari pihak Pengurusan UMNO Bahagian Kelana Jaya..ambo dengar..ada bukti bergambar dan video tentang kelakuan amat kemaruk nak menang ini..seolah-olah masa yang d berikan untuk berkempen tidak cukup bagi mereka..
"CAI" atau senarai nama Calon yang bertanding juga d masukkan dalam Buku Persidangan..dengan penipuan kononnya ITU ADALAH CONTOH NAK PILIH CALON..Kalau itu contoh maka perlu d buat betul-betul..seperti mana apa yang d buat UMNO Malaysia, bukannya Contoh dengan meletak Nombor Calon yang hendak bertanding..dan ambo dengar ianya semua NOMBOR CALON dari kem Pengurusan UMNO Bahagian Kelana Jaya ! Contoh yang tidak relevan langsung !! Contoh yang mengelirukan perwakilan !!
Ambo tidak tuduh sesiapa d sini..cuma ambo nak lihat sejauh mana ketelusan dan kesungguhan UMNO Malaysia dalam kes sebegini yang pada pandangan ambo amat berat..teringat kata-kata Tok Guru Ambo ;
Jika UMNO sendiri tidak Berani nak Melakukan Transformasi Politik lebih baik BAKAR sahaja Buku Perlembangan serta Peraturan & TataEtika UMNO dan Biarlah Ketua2 Cawangan & Ketua2 Bahagian Dilantik sendiri oleh Presiden Parti.
Tetapi Jika UMNO Berani & Telus maka Rakyat serta Parti2 Politik yang Lain Termasuk Parti Pembangkang akan Lebih Hormat & Tidak akan Memperlekehkan UMNO lagi. Yang Pahit itu Sebenarnya adalah Penawar yang Paling Mujarab. Wallahualam. Hidup UMNO ! Hidup Melayu !
Jangan sampai kita dok kutuk DAP kerana tidak telus tapi demi survival politik songsang bersifat keperibadian maka ada TANGAN IBLIS yang cuba selamatkan manusia yang bakal hancurkan UMNO BN dari dalam..kenaruk nak jadi Calon PRU 14 ke?
"..patutlah pihak pengurusan UMNO Bahagian Kelana Jaya buat pemilihan d dewan tersebut (Dewan Angkasa Kelana Jaya)..Tingkat atas mereka tempatkan perwakilan..tingkat bawah, mereka buat tempat mengundi..mana kita tahu apa yang terjadi d bawah..namun Allah Maha Kuasa..Dia nampakkan juga kejahatan terancang demi Parti yang menjaga Islam selama ini" - perwakilan
Ambo juga dengar KES ini d ambil alih oleh UMNO PUSAT..UMNO Selangor serahkan pada UMNO PUSAT kerana ianya melibatkan kes berprofail tinggi..
Kesian pada Calon-Calon yang betul-betul ikut prosedur, patuh pada KOD ETIKA..yang tawarkan diri untuk berkhidmat..apa maknanya kalau mereka menang tapi seolah-olah mereka terpalit sama bersekongkol..hanya kerana segelintir manusia yang sudah mati roh perjuangan parti..yang ada kerakusan nak berkuasa !!
Sama-sama kita tunggu dan lihat..manalah tahu ada yang masih cuba minta nyawa UMNO PUSAT..
UMNO PUSAT WAJIB TELUS !!
..bersambung ke part II ; "Muhyiddin Enggan Campurtangan Kes Pemilihan UMNO Kelana Jaya.."
+ comments + 1 comments
Teringin nak dengar komen-komen daripada kem yg menang. Kalau anak jantan nafikan apa yang di nyatakan di atas.......
Post a Comment