Home » » Projek Berhala Terbesar Di Pahang Tidak Wujud - Menteri Besar

Projek Berhala Terbesar Di Pahang Tidak Wujud - Menteri Besar

Written By Unknown on 03/10/2013 | 11:56 am

paper


Antara artikel yang aakj paparkan dahulu..klik d SINISINI dan SINI..

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan terdapat usaha untuk pembangunan projek ‘Spiritual Tourism’ di kawasan Gambang di sini.

Beliau bagaimanapun, mengakui kerajaan negeri ada meluluskan tanah seluas
100 hektar kepada sebuah syarikat perumahan bagi pembangunan projek bercampur di kawasan berkenaan.

“Saya nak bagi tahu bahawa projek ini (spritual tourism) tidak pernah
dibincangkan dan tidak akan dibuat di Pahang.

“Apa yang telah ditimbulkan selama ini, hanyalah merupakan satu langkah
penipuan dan saya juga difahamkan terdapat usaha mengutip duit bagi tujuan itu,”katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat dan
siasatan terperinci akan dijalankan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger