Home » » Projek "Taman Berhala" Terbesar Di Dunia ; Menteri Pelancungan Tidak Tahu Projek Ini Wujud !!

Projek "Taman Berhala" Terbesar Di Dunia ; Menteri Pelancungan Tidak Tahu Projek Ini Wujud !!

Written By Unknown on 28/09/2013 | 9:00 am

'Misteri' Di Sebalik Projek 1Malaysia Spiritual Tourism (Pelancongan Rohani) Di Pahang

Semalam aakj tulis d SINI..yang menariknya..sahabat aakj dalam artikelnya d bawah ada menjelaskan bahawa Menteri dan Pegawai Pelancungan Pahang tidak tahu menahu akan kewujudan projek mega ini ;

SEBUAH  projek pelancongan bernilai 10 bilion ringgit diberitakan bakal dilaksana oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd di Bukit Gambang, Pahang.
Projek yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar mengatasi keluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang luasnya 493 ekar.
Dalam sebuah video, Pengerusi MMEC Global KB Tan berkata, projek bertemakan pelancongan keagamaan (spiritual tourism) ini mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan pelbagai agama, masyarakat, budaya yang hidup dalam keamanan, keharmonian dan perpaduan.


Katanya lagi, projek pelancongan ini bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini konsep ‘spiritual tourism’ telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor.
Projek ini kononnya telah disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.
Selain itu, projek ini dikatakan akan memberi faedah kepada negeri Pahang apabila ramai pelancong asing akan melawat negeri itu apabila projek ini siap kelak.
Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

spiritual-tourism1

Projek ini akan dibangunkan kepada dua zon utama yang mana satu resort akan ditubuhkan dengan persekitaran agama dan budaya yang dinamakan sebagai Ao Mi Sha.
Di zon ini akan dikumpulkan semua agama seperti Kuan Yin, Buddha Alam, Hindu, Sikh, Sai Baba, Taoisme, I- Kuan Tao, Confucianisme dan Kristian.


Disebabkan kawasannya terlalu luas, para pengunjung akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari untuk melawat semua zon.
Oleh itu, sebuah hotel terbesar di dunia yang menempatkan 40 ribu katil akan dibina.
Selain itu, ruangan rekreasi dan komersil juga telah dirancang antaranya resort, pusat peranginan, restoran, pusat perniagaan, kelab, pusat-pusat hiburan, taman, kolej universiti, sekolah antarabangsa dan pusat pembelajaran.
Namun semua itu kini menjadi tanda-tanya kerana pihak berwajib dilaporkan ‘tidak pernah mendengar’ projek seumpama itu!
Sebagai contoh, pegawai dari Tourism Malaysia Pahang, Fauziah Elias memberitahu akhbar Malay Mail – setakat ini kami tidak mempunyai maklumat mengenainya!
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga berkata beliau tidak tahu mengenai projek itu.

Tokong Dan Kuil Terbesar Bakal Dibina Di Kuantan?

Bagi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), perkara ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempromosikan agama-agama di dunia selain Islam.
Menurut ISMA, persoalannya sekarang, adakah projek seperti ini akan menjadikan Malaysia sebuah hab mempromosi agama-agama dunia?
Wajarkah perkara ini terjadi kepada Malaysia yang mana agama Islam menjadi agama persekutuan?
Kehadiran projek mega seperti yang diwar-warkan oleh pemilik dan pemaju projek ini telah mencuba merubah identiti Malaysia selaku sebuah negara umat Islam.
Penerangan yang agak terperinci seperti yang ditayangkan menggambarkan betapa hebat dan besarnya kesan yang bakal dirasai oleh Islam dan umatnya.
Mengapakah sektor pelancongan menjadikan faktor agama sebagai daya tarikan?
Biarpun sebelum ini telah pun terdapat bangunan keagamaan yang berjaya menarik kehadiran pelancong, namun mengapa perlu dibina lagi projek yang seumpama dengannya dengan lanskap yang lebih besar?
Alasan untuk menjana lebih banyak pendapatan tidak dapat dijadikan sebagai alasan utama.
Terdapat banyak lagi cara untuk menjana lebih banyak pendapatan dan lebih menguntungkan.
Bagi ISMA, projek ini tidak lain hanyalah bertujuan mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Ia juga mencabar keupayaan ekonomi orang Islam untuk membina projek-projek besar yang mampu menjana kewangan dan meningkatkan ekonomi negara.
Seharusnya pemilik dan pemaju projek memikirkan apakah kesan daripada projek ini.
Jika projek ini berjaya dilaksanakan, imej Malaysia sebagai negara Islam dari segi komposisi penduduk dan dari segi sejarah akan pudar apabila unsur-unsur agama lain yang ‘dihighlightkan’ sebagai tarikan pelancong.
” Orang luar sudah tidak memandang Islam sebagai agama negara kerana agama lain yang bukan agama negara sudah mampu dipromosikan dengan persembahan yang amat menarik dengan kos yang banyak.
” Selain itu, Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang mampu menyatukan semua agama selain Islam. Projek mega itu akan menjadi mercu tanda dan simbol kerjasama dan perpaduan antara agama. Imej Islam akan tenggelam dan perkara ini tidak seharusnya berlaku,” kata ISMA seperti yang dipetik di laman FB mereka..

Calvary-CCC21-e1351749439141

Sebelum ini kita dikejutkan dengan projek besar bernilai lebih 135 juta ringgit yang terletak di Bukit Jalil. Ia adalah Pusat Konvensyen Calvary (Calvary Convention Centre) yang akan menjadi kompleks aktiviti kumpulan Kristian terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara. Ia mempunyai satu dewan auditorium yang boleh mengisi hadirin seramai 5 ribu orang dalam satu-satu masa.
Projek ini terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club, dan ia yang berada di lokasi yang strategik di selatan Wilayah Persekutuan dan dihubungkan dengan jalan-jalan utama di ibu negara.
Projek ini merupakan gabungan 3 buah premis Kristian Calvary yang sebelum ini terletak di Damansara Height, Damansara Perdana dan juga Cheras.
Menurut laman web Calvary Church, pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti upacara keagamaan, konvensyen domestik dan antarabangsa, dan pembangunan kerohanian yang memberi fokus kepada anak muda dalam meniti kehidupan sebagai insan berguna kepada agama dan masyarakat.
Selain itu, pusat konvensyen ini turut dilengkapi dengan pentas yang dipenuhi kelengkapan seperti teater dan muzikal, orkestra, kelengkapan audio, visual dan multimedia, kelengkapan di belakang tabir seperti bilik persalinan dan bilik sembahyang, studio rakaman, tempat latihan tarian, seni, dan drama, serta bengkel seminar.
Persoalannya, beginikah isi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam?
Ternyata ada PERSOALAN LEBIH BESAR yang perlu dijawab dan dirungkai di sebalik projek 1Malaysia Spiritual Tourism ini.
Dan sebagai umat Islam – kita menanti jawaban dan penjelasan itu! – Mynewshub.my
Share this article :

+ comments + 1 comments

12/11/2013 8:16 am

Ni la sebab Kuantan tenggelam.. :(

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger