Home » » Persembahan K-Pop ; Kerajaan Terpaksa Keluarkan Belanja, Penaja Bermasalah

Persembahan K-Pop ; Kerajaan Terpaksa Keluarkan Belanja, Penaja Bermasalah

Written By Unknown on 03/10/2013 | 1:00 pm

Penipuan KBS

Dakwaan bahawa wujud penipuan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sebelum ini mendakwa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu dijawab Menterinya, Khairy Jamaluddin.
Berkenaan kenyataan KBS pada tahun lalu bahawa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta berkenaan, Khairy menjelaskan bahawa KBS sebenarnya terpaksa menanggung jumlah itu selepas syarikat swasta yang berjanji mahu membayar kos konsert berkenaan gagal membuat pembayaran.
“Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.
“Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,” katanya di sini hari ini.
k-pop3

Menurut Khairy, walaupun perkara itu berlaku ketika beliau belum mengetuai kementerian berkenaan, namun atas prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility, maka beliau memilih untuk menjelaskan dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian itu.
Untuk rekod, Menteri yang bertanggungjawab ketika isu konsert K-pop berkenaan adalah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Tambah Khairy, tidak akan ada lagi sebarang konsert K-pop sempena sambutan Hari Belia bermula tahun ini.

khairy-jamaluddin
Dalam pada itu, mengenai kes tuntutan kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia di mana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) telahpun menjalankan siasatan dan ia telah sampai peringkat terakhir. – Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger