Home » » OPS Cantas ; Tiada Halangan Nak BerTatoo

OPS Cantas ; Tiada Halangan Nak BerTatoo

Written By Unknown on 10/09/2013 | 11:00 am




Kepada Rakyat Malaysia yang bukan Islam dan nak tatookan badan mereka, usah gusar..pihak Polis hanya tangkap dan siasat bagi yang melukis tatoo d badan yang ada kaitan dengan LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP sahaja.

Aakj nampak dah mula ada yang cuba tiupkan fitnah pada PDRM dan Kerajaan Malaysia kononnya Rakyat Malaysia sudah tidak ada kebebasan atau sudah hilang kebebasan sebagai Rakyat Malaysia yang Merdeka.

Bukan sehari dua ni je pihak Polis dok perati kumpulan Kongsi Gelap ni..dah bertahun..dah lama..cuma akhir-akhir ini saja Polis terpaksa bertindak tegas bukan saja berlandaskan maklumat risikan polis sendiri namun maklumat orang awam dan juga maklumat dari bekas ahli kumpulan samseng yang sudah bertaubat !!

Aakj cuma rasa agak sedih dan terkilan kerana ada Kumpulan yang d katakan d anggotai oleh majoritinya orang Melayu Islam Malaysia juga cop atau tatookan badannya..kononnya nak ada TANDA juga..soal halal haram dah tolak ke tepi. Baca cerita Geng yang d katakan Melayu yang d tangkap kelmarin d SINI.

Kalau tengok d SINI, watikah perlantikan 'Ayahanda' Kumpulan ini siap ada kalimah Tauhid d sijil perlantikan itu..apakah soal hukum Islam d tolak ketepi hanya kerana kita jadi Ketua Kumpulan?

Jom kita tegakkan kembali hidup rukun aman damai d negara kita yang amat unik ini..berbilang kaum namun masih mampu saling menghormati !!

Foto hiasan



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger