Home »
Politik
» "Kegiatan Menjatuhkan Kerajaan Kelantan Yang Sedang Ada Amat Tidak Wajar.." - Bekas Mufti Perlis
"Kegiatan Menjatuhkan Kerajaan Kelantan Yang Sedang Ada Amat Tidak Wajar.." - Bekas Mufti Perlis
Billboard ni d lokasi persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Persekutuan dari Kota Bharu ke Tunjung atau Ke Kuala Krai..alamat tepat tak pula d bagi oleh sumber..
Samada DrMaza yang juga Bekas Mufti Negeri Perlis sedar atau tidak tentang papan iklan gergasi ini atau ada pihak yang cuba menangguk d air keruh..aakj tak pasti..
Tahu atau tak tahu atau buat buat tak tahu adalah 3 perkara berbeza..mohon sangat DrMaza beri penjelasan tentang isu ini. Siap ada logo Pakatan Haramjadah d billboard ni..musykil juga sebab Maza d labelkan Ustak Bebas atau Penceramah Non Partisan huhu..Ulamak Tak Berparti la tu..kata orang laa..katanya tak tahu la plak..
Cu baca elok-elok apa yang d quote kata-kata DrMaza yang kononnya dah macam kata-kata ulamak besar..huh !! nasib baik tak d katakan hadis..nauzubillah ;
"MELIHAT KEPADA USAHA-USAHA ISLAMISASI D KELANTAN YANG TELAH DAN SEDANG D LAKUKAN, MAKA SAYA BERPENDAPAT SEBARANG KEGIATAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN KELANTAN YANG SEDANG ADA AMAT TIDAK WAJAR DAN MENYANGGAHI ROH ISLAMI SEORANG MUSLIM, BAHKAN JIWA SEORANG INSAN BIASA YANG ADIL DALAM PENILAIAN PUN."
Kalau benarlah ini kenyataan DrMaza maka label beliau sebagai Penceramah Bebas sudah tidak ada..ini kenyataan politik murahan..kenyataan mengguna kedudukan sebagai kononnya seorang Ustaz untuk kelirukan ummat Islam Kelantan...Rakyat yang kurang ilmu akan nga-nga terlopong dan angguk..kononnya apa yang keluar dari mulut Ustak tu betul semua..apalagi dari mulut Bekas Mufti.
Amat tinggi kedudukan Pas d letak oleh DrMaza..kononnya apa yang Kerajaan Pas Kelantan buat sekarang adalah Islamik dan tak patut d ganggu gugat bahkan JANGAN sekali-kali UBAH pemerintahan d Kelantan.
Bagaimana dengan usaha Islamisasi d Peringkat Pusat? DrMaza tak nampak ke selama ini apa Kerajaan Pusat buat untuk Syiar Islam..kenapa taknak keluarkan kenyataan seperti yang beliau d katakan membuat kenyataan ini d Kelantan?
Kalau DrMaza kata ini bukan kenyataannya maka beliau wajib SAMAN pakatan haramjadah kerana merekayasa kenyataan tersebut seolah-olahnya datang dari mulut beliau.
Bagi aakj senang je..kalau istihar sokong Pas lagi elok..barulah boleh menempelak Ustaz lain dalam isu TAFSIR HADIS atau TAFSIR QURAN..barulah molek bertembung ILMU dengan Ustaz Dr FathulBari atau mana-mana Ulamak yang tidak sokong Pas.
Aakj tak berniat nak hentam DrMaza..sekadar nak penjelasan tentang hal ini secepat mungkin kerana menurut sumber..billboard ini d gunakan semasa PRU13 baru-baru ini dan masih kekal d pacak ketika PRK Kuala Besut tempohari..
Post a Comment