Home » » Pistol Percuma Seludup Dadah

Pistol Percuma Seludup Dadah

Written By Unknown on 28/08/2013 | 11:00 am


Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus.


Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt.

“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini.


SEMPADAN negara di Sungai Golok jadi tumpuan penyeludup.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu.-hmetro

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger