Home » » Penyamun 4X4 Terhumban Dalam Empangan Timah Tasoh

Penyamun 4X4 Terhumban Dalam Empangan Timah Tasoh

Written By Unknown on 28/08/2013 | 12:00 pm

Foto
Dua penyamun menerima padah apabila ditahan selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka curi terhumban ke dalam Empangan Timah Tasoh, di sini, akibat tersalah jalan ketika cuba melarikan diri, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 31 tahun ditahan selepas terperangkap lebih 15 minit di dalam air apabila kenderaan curi yang dinaiki mereka tenggelam hingga paras tingkap.
Difahamkan, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai ejen dan broker kereta terpakai di Sungai Petani tersalah simpang di Jalan Lencongan Barat Timah Tasoh sebelum memandu terus ke dalam empangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata, dalam kejadian itu, suspek dipercayai tersalah jalan sebelum termasuk ke dalam kawasan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di situ.
Foto
ANGGOTA bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menaikkan kenderaan curi yang terbabas.

“Pengawal keselamatan yang ketika itu membuka pagar kem bagi membenarkan seorang daripada anggota keluar terkejut selepas melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda mencelah masuk ke dalam kawasan kem berkenaan.-hmetro

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger