Home » » Geng 04 Seorang Lagi Serah Diri

Geng 04 Seorang Lagi Serah Diri

Written By Unknown on 28/08/2013 | 10:00 am


Itulah hasil kerja keras polis negeri ini apabila dapat menahan seorang lagi anggota kumpulan samseng bergelar Geng 04 bagi membantu siasatan satu kes pembunuhan di Cheng di sini pada Mei lalu menjadikan jumlah yang diberkas meningkat kepada empat individu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun tersebut ditahan ketika dia datang menyerah diri dengan ditemani bapanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada pukul 5 pagi kelmarin.

Katanya, bapa suspek sanggup datang dari Johor Bahru untuk meneman anaknya ke IPK Melaka kerana bimbang zuriatnya itu akan melarikan diri.-kosmo

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger