Home » , » Video Seks : Laporan Polis Telah Di Buat Oleh Leman Lawak, Bukannya Azhar Idrus !

Video Seks : Laporan Polis Telah Di Buat Oleh Leman Lawak, Bukannya Azhar Idrus !

Written By Azmy Klanajaya on 24/10/2014 | 7:39 pm



NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama Malaysia (Panglima Malaysia) membuat satu laporan polis semalam berhubung penyebaran video lucah di laman sosial yang dikaitkan dengan seorang yang mirip pendakwah dan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Presidennya, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pada jam 4 petang semalam.

Beliau yang menyedari penyebaran video tersebut pada 13 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 petang ketika berada di kawasan Masjid India.

"Saya menyedari penyebaran video itu ketika melayari laman sosial facebook dan whatapp dan mendapati ada video lucah melibatkan tokoh agama dan pendakwah.

"Saya merasakan ini satu penyebaran fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan terhadap individu yang dikenali ramai apatah lagi mempunyai latar belakang agama yang cukup baik.

"Atas dasar itu, saya mewakili Panglima Malaysia membuat laporan polis dan mengesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penyebaran video tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut mengutuk tindakan tersebut yang dilihat mengaibkan individu dan agama Islam itu sendiri.

"Saya berharapan pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius dan mengambil tindakan kerana ia melibatkan isu agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Tanpa tindakan tegas serta pemantauan saya khuatir gejala ini akan terus berleluasa dan jangan hanya memantau isu politik sahaja, penyebaran fitnah vidoe lucah perlu diberi perhatian," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, jika tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil oleh pihak berkuasa, Panglima Malaysia akan mengadakan satu himpunan protes besar-besaran di hadapan pejabat SKMM.



[hd]
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger