Home » » Penyebaran Foto Berahi : Zul Minta Maaf

Penyebaran Foto Berahi : Zul Minta Maaf

Written By Unknown on 24/10/2014 | 6:09 pm

PENYEBARAN sekeping gambar dia memeluk seorang wanita di sebuah kelab hiburan baru-baru ini bagai menguatkan lagi persepsi peminat dunia seni mengenai sikap sebenar pelakon kacak ini.

Selain membuat andaian yang kononnya pelakon kacak ini suka berfoya-foya, ada juga yang mengatakan kehidupan sosialnya sangat bebas.

Tetapi kesemua anggapan itu sebenarnya bermula dengan hanya sekeping gambar yang dimuat naik seorang wanita yang langsung tidak dikenalinya.

Sebagai lelaki dewasa, Zul Ariffin percaya dia perlu bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri.

Memohon maaf di atas keterlanjuran diri, jelas Zul sebagai lelaki normal dia juga perlukan hiburan. Walaupun ada yang sudah tersilap sangka dengan keadaan sebenar, lelaki ini dengan jelas memberitahu dia bukan seorang ‘kaki parti’.

“Gambar tersebut adalah ketika saya berada di sebuah kelab hiburan di Pulau Langkawi.

Saya ke sana untuk menikmati live band. Memang orang terlalu ramai, macam saya pula yang merasmikan tempat tersebut.

Wanita yang berada dalam gambar tersebut bukan satu-satunya yang bergambar dengan saya malam itu.
“Menonton live band memang selalu, malah saya selalu ke KL Live Band. Tetapi saya bukan seorang kaki parti. Bagi saya normal, semua orang juga perlukan hiburan,” katanya.

Boleh bergambar dengan peminat, tetapi cara dakapan Zul itu sedikit menimbulkan rasa sangsi di kalangan peminatnya.

Mengakui persoalan itu, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, tidak

menolak dia sedikit melebih-lebih. Memohon maaf atas kekhilafan diri, dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Wanita itu datang untuk bergambar dan seperti biasa saya bersetuju. Tetapi kena faham peminat macam-macam ragam. Bila ada yang terlalu teruja, kalau boleh saya tidak mahu merosakkan mood tersebut.

“Saya akui memang agak melebih-lebih, dan saya minta maaf itu memang kesilapan saya.

Saya berjanji akan lebih berhari-hati pada masa hadapan. Malah selepas ini juga saya sebenarnya lebih selesa saya untuk bergambar dengan tangan di belakang badan sahaja,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, selepas dipilih sebagai hos bersama ASK 2014 bergandingan dengan tujuh lagi selebriti lain.

Sebagai seorang pelakon dia mempunyai persepsi sendiri terhadap kontroversi diri. Walaupun ada yang mengatakan wanita tersebut seperti cuba meletakkan dia dalam keadaan ini, jelas Zul dia percaya itu bukan niat sebenar peminatnya.

“Saya fikir bukan begitu, mungkin niat sebenarnya dia hanya mahu memuat naik gambar itu di laman sosial.
“Tetapi bila sudah jadi begini dia juga tidak sangka. Saya tidak mahu salahkan sesiapa, ini salah saya dan saya minta maaf,” katanya.

Selepas gambar itu tersebar, pihak Hits sendiri cuba menghubungi Zul untuk memberi penjelasan. Hampir dua hari menelefon nampaknya pelakon ini jelas enggan bekerjasama.

Terlanjur bertemu kami ajukan soalan sama ada ini memang cara dia berhadapan dengan kontroversi. Secara lembut menolak tanggapan itu, kata Zul, sebenarnya dia lebih senang untuk berkongsi sebab kejadian secara bertemu dengan wartawan dan bukan melalui telefon.

“Saya tidak pernah melarikan diri, cuma saya lebih senang bertemu begini. Jelaskan secara berhadapan.

“Tetapi sebelum ini saya sudah jelaskan kepada keluarga saya dahulu, terutamanya ibu serta Gayatri (kekasih). Bukan apa saya tidak mahu mereka terkejut nanti. Selagi keluarga serta orang terapat saya sudah tahu, saya tidak kisah lagi dengan kata-kata orang luar,” katanya.

Mengakui populariti yang diraih ini berlaku dalam waktu yang singkat, kata Zul dia sangat menghargai peminat. Bagaimanapun melihat peminat yang mempunyai 1001 ragam dia tahu bukan mudah untuk memuaskan hati semua mereka.

“Saya tidak takut dengan mereka, cuma apa yang saya takut apabila mereka tidak dapat menerima watak yang berbeza dalam drama lain. Yang itu saya takut.
“Tetapi dengan peminat yang semakin meningkat saya tidak takut, saya fikir ini keadaan biasa. Mereka juga faham kedudukan saya,” katanya.

- utusan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger