Home » » Pulau Pinang Terkini : Foto Suspek Bom Kereta Di Buru

Pulau Pinang Terkini : Foto Suspek Bom Kereta Di Buru

Written By Unknown on 24/10/2014 | 8:12 pm

Seorang kontraktor kerugian lebih RM20,000 selepas kereta jenis Audi A6 miliknya meletup dan terbakar selepas dibaling molotov cocktail dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Seri Gelugor, di Tasek Gelugor hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian 2.30 petang itu mangsa yang berusia 62 tahun berada dalam rumah bersama isteri dan dua anak sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.

"Lelaki itu keluar melihat apa yang berlaku dan mendapati keretanya yang berada di luar kawasan rumah mereka hangus terbakar," katanya ketika dihubungi di Tasek Gelugor hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa, ia menunjukkan seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti berhampiran kereta kontraktor berkenaan.

Mazlan berkata suspek dipercayai memecahkan cermin kereta mangsa sebelum kembali ke motosikalnya dan membakar molotov cocktail dan membaling ke dalam kenderaan berkenaan sebelum meninggalkan tempat kejadian diikuti dengan letupan menyebabkan kereta terbabit hangus terbakar.

Katanya motif kejadian masih dalam siasatan dan rakaman CCTV itu diambil untuk dianalisis dan usaha mengesan lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – Bernama









Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger