KAHERAH: Satu video internet yang dikeluarkan hari ini menunjukkan anggota kumpulan Negara Islam (IS) memenggal kepala tebusan Britain, Alan Henning, tebusan keempat dibunuh oleh militan yang kini menjadi sasaran serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS).
Video pendek itu turut menunjukkan militan IS yang kini menguasai sempadan di Syria dan Iraq, sedang menggugut seorang lelaki Amerika yang dikenali sebagai Peter Kassig.
"Obama, anda memulakan serangan udara ke atas Shams (Syria), yang berterusan menyerang rakyat kami, jadi menjadi hak kami untuk terus memenggal leher rakyat kamu," kata seorang daripada militan terbabit yang bertopeng.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Caitlin Hayden dalam satu kenyataan lewat semalam, mengesahkan bahawa lelaki berkenaan adalah Kassig.
"Ketika ini, kami tidak menafikan kesahihan video yang dikeluarkan itu. Kami akan terus menggunakan semua usaha termasuk ketenteraan, diplomatik, penguatkuasaan undang-undang dan perisikian untuk cuba membawa pulang Peter dengan selamat," kata Hayden.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Pejabat Luar Britain berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kesahihan video pendek berkenaan.
"Sekiranya ia benar, ia satu pembunuhan yang amat kejam. Kami menawarkan keluarga mangsa semua bentuk bantuan, namun mereka tidak mahu diganggu buat masa ini."
Britain selama ini membantu operasi tentera AS memerangi kumpulan IS dari segi bantuan logistik dan maklumat perisikan, termasuk yang terbaharu menyertai serangan udara di Iraq.
Kandungan video internet itu bermula dengan klip berita pengumuman serangan udara Britain terhadap kumpulan IS.
Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata video menunjukkan Henning dipenggal adalah satu tindakan tidak bertamadun dan menunjukkan sikap sebenar pengganas berkenaan.
"Alan pergi ke Syria untuk memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan di sana. Namun dia dijadikan tebusan ketika menghulurkan bantuan," katanya. - AP

GAMBAR yang diambil daripada sedutan video menunjukkan militan IS (kanan) berdiri di sebelah seorang lelaki Amerika yang dikenali sebagai Peter Kassig. - Foto AFP
bh
Post a Comment