Home » » Anggota TLDM Yang Suka Berhutang Jangan Salahkan Kerajaan Pulak !!

Anggota TLDM Yang Suka Berhutang Jangan Salahkan Kerajaan Pulak !!

Written By Unknown on 04/10/2014 | 9:43 am



Aakj : maaf terpaksa bagitau awal-awal..sebab bila baca berita kat bawah nampak macam ada yang tak kena kalau mereka suka berhutang..dan akhirnya bimbang..bukan tuduhan tapi bimbang mereka juga akan turut salahkan Kerajaan BN..

Yelah..anggota TLDM kat lumut suka kat pakatan haram..tu sebabnya ahli Parlimen Lumut tu datangnya dari parti pakatan haram..

Aakj bukannya nak salahkan anggota TLDM atas kemenangan Pakatan haram di Lumut...bebas pilih sapa saja..


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Peningkatan jumlah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibebani masalah hutang kini berada pada tahap yang membimbangkan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, statistik yang dikeluarkan sehingga September lalu mendapati sebanyak 101 anggota mempunyai gaji bersih bawah RM300 sebulan akibat berhutang.

“Peningkatan jumlah anggota dibelenggu masalah hutang ini agak menggusarkan. Apabila seseorang anggota tidak mempunyai gaji bersih yang mencukupi, perkara tersebut akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan sehingga mengakibatkan berlakunya pergaduhan, hidup dalam keadaan tertekan dan sebagainya.

“Budaya berhutang dalam kalangan anggota perlu diatasi segera kerana akan mendorong mereka terjerumus kepada aktiviti meminjam wang daripada ah long serta melakukan aktiviti menyalahi undang-undang seperti mencuri, menyeleweng dan sebagainya," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) di KD Sri Gombak di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 20 anggota LLP menerima kenaikan pangkat berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan mereka sepanjang perkhidmatan.

Menurut Abdul Aziz, TLDM komited dalam menangani masalah tersebut menerusi perancangan beberapa pelan jangka panjang.

Katanya, pihaknya sentiasa memberi fokus kepada setiap anggota melalui sistem pegawai bahagian bagi mengetahui permasalahan yang berlaku dalam kalangan anggota LLP.

“Menerusi langkah tersebut, diharap dapat membantu mengurangkan risiko dan permasalahan seperti dadah, berhutang dan sebagainya dalam TLDM. Kita telah mengeluarkan arahan bahawa setiap hutang perlulah dimaklumkan kepada pusat gaji angkatan tentera.

“Mereka tidak dibenarkan berhutang dengan pihak luar kerana banyak memberikan masalah kepada mereka dan tidak berupaya mengawal pembayaran. Kita akan menasihatkan mereka untuk berbelanja bagi barangan yang perlu sahaja selain daripada membantu menyelesaikan hutang anggota menerusi tabung kebajikan TLDM," jelasnya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengingatkan anggotanya menjaga disiplin kerana bimbang dengan wujud gejala tidak sihat dalam kalangan mereka terutama berkaitan dadah.

“Anggota TLDM juga diingatkan supaya menghindari aktiviti meminum air ketum kerana air tersebut memudaratkan diri dan digolongkan sebagai minuman dan makanan terlarang," katanya.

Parlimen LUMUT P074 Parti Keadilan Rakyat

Ahli Parlimen Lumut yang suka bodohkan pengundinya..nak tahu ? tunggu !!



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger