Home » » Lipis : Foto Remaja India Maut Di Langgar Keretapi

Lipis : Foto Remaja India Maut Di Langgar Keretapi

Written By Unknown on 22/10/2014 | 9:12 pm

Satu kemalangan ngeri berlaku apabila seorang remaja lelaki dilanggar oleh Keretapi Senandung Wau 28NK di Kilometer 226.5, Tanjung Lipis, pada hari perayaan sambutan Deepavali.

Bagaimanapun mangsa, G Nagaya, 17 yang tinggal di Kampung Tanjung Lipis mengalami cedera parah di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.

Kira-kira pada jam 6.15 pagi, pemandu keretapi berkenaan sedar akan kejadian itu selepas  berasa kenderaan itu terlanggar sesuatu lantas dia segera memaklumkan kepada seorang anggota polis bantuan di KTM Kuala Lipis.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, “Anggota polis bantuan itu bersama beberapa orang awam bergegas mengangkat mangsa dan membawanya ke HKL sebelum dipindahkan ke HOSHAH untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan parah di kepala.”

Kejadian Keretapi Senandung Wau 28NK itu berlaku ketika dalam perjalanan menghala ke Tumpat, Kelantan dari Kuala Lumpur untuk menghantar penumpang. - Siakapkeli

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger