Home » » Kelantan : Pencuri Motorsikal Dipukul Dan Diikat Di Pokok Kelapa

Kelantan : Pencuri Motorsikal Dipukul Dan Diikat Di Pokok Kelapa

Written By Unknown on 22/10/2014 | 9:18 pm

KOTA BHARU – Seorang penganggur bukan sahaja gagal mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, malah turut ditangkap penduduk kampung dan diikat di sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 1 petang di Kampung Gua Salor, dekat sini, kelmarin, suspek berusia 40-an berasal dari Pengkalan Chepa sanggup datang ke kampung berkenaan dengan menaiki bas sejauh 25 kilometer.

Suspek pada mulanya membuat ‘pemantauan’ sebelum melihat sebuah motosikal ditinggalkan bersama kunci di hadapan sebuah kedai runcit.

Suspek kemudiannya melarikan motosikal tersebut tetapi disedari pemiliknya.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, Yaakob Harun, 45, berkata, ketika itu dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas.

“Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dibawa lari oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya.

“Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menunggang motosikal dan mengejar lelaki terbabit sejauh tiga kilometer,” katanya.

Yaakob berkata, suspek bagaimanapun berjaya diberkas apabila motosikal ditunggangnya ‘mati’ di lokasi kejadian.

“Penduduk segera menghubungi polis dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger