Home » , » Filem Terbaru Dracula Wajar Di Nilai Semula Tayangannya

Filem Terbaru Dracula Wajar Di Nilai Semula Tayangannya

Written By Unknown on 06/10/2014 | 10:24 am




Aakj baru sahaja tengok cerita ni malam tadi..terima kasih Ustaz Dr. Fathulbari yang ketengahkan isu ini. Samalah dengan Aakj bila tengok..terasa banyak fakta yang tidak betul selain apa yang diceritakan oleh Ustaz Fathulbari.

Apakah dengan guna "UNTOLD" maka penerbit boleh buat apa saja jalan ceritanya?

Aakj taknak ulas kat sini apa yang diragui dan apa yang menghina..pihak Finas wajar teliti kemasukan filem seumpama ini dan PENAPISANNYA bukan sekadar tapis..

Bukan filem ini sahaja yang Aakj nak bagitahu kat sini..terutama yang berlabel "18"..apakah kita setuju bahawa bila dah sampai umur 18 tahun dan ke atas maka filem yang banyak MENCARUT dan GANAS boleh dilepas tayang begitu sahaja. BUDAYA apakah yang kita ingin terapkan dalam kehidupan kita..dalam kehidupan rakyat Malaysia?

Tidak rugi kita HARAMkan sahaja filem yang rendah nilai moralnya..TIDAK GUNA kita bercakap isu NILAI MURNI tetapi dalam masa yang sama kita pandang remeh tentang isu begini.

Kepada pemimpin BN..tidak remeh bila kita bercakap isu BINA Bangsa yang mulia.

Aakj juga ingin cadangkan melantik wakil Agamawan dalam panel penapisan Finas ! 

Aakj ni kaki wayang..lama sangat dah nak bersuara..alhamdulillah hari ni tercetus nak luahkan juga bila Tok Guru Aakj, Ustaz Dr Fathulbari bercakap isu ini..tahniah Ustaz!


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger