Home » » 3 Beranak Maut Ketika Menyeberangi Sungai Golok

3 Beranak Maut Ketika Menyeberangi Sungai Golok

Written By Azmy Klanajaya on 06/10/2014 | 10:02 am





RANTAU PANJANG : “Saya hanya sempat bertaut pada lengan seorang pemuda dan semua mangsa perahu memeluk antara satu sama lain,” kata seorang mangsa perahu karam di Mundok, Sungai Golok, semalam.

Mangsa, Norhayati Bakri, 50, berkata, perahu yang dipercayai terlebih muatan menyebabkan air sungai mula masuk di depan perahu menyebabkan ia karam.

“Semua penumpang yang kebanyakannya wanita dan beberapa kanak-kanak menjerit namun pengemudi gagal berpatah balik kerana air masuk terlalu cepat.

“Dalam keadaan tenggelam timbul, saya cuba mencapai perahu yang terbalik tetapi terlalu licin kerana dipenuhi lumut,” katanya.



Ketika itu Norhayati berkata, orang ramai yang berada di pengkalan menghulurkan tali serta kayu untuk membawa ke daratan.

Menceritakan detik sebelum menaiki perahu katanya, dia menggesa pengemudi perahu agar tidak mengambil lebih ramai penumpang kerana perahu terlalu kecil malah air bergelora.

Namun kedegilan pengemudi memuatkan hampir 17 penumpang menyebabkan air mula memasuki perahu, beberapa saat selepas bertolak dari pengkalan haram Pok Jid.

Sementara itu, mangsa, Siti Esah @ Azizun Ali, 61 berkata, dia menasihati anaknya, Rosmiwati Zakaria, 37, agar tidak menaiki perahu yang sama kerana terlebih muatan.

“Dia marah pada saya malah ketika membeli belah, dia cakap tak nak balik, nak tidur sini.

“Dua cucu saya pula hanya mendiamkan ketika ibunya, memberitahu mahu tidur di sana,” katanya.

Menurutnya, dia bersama tujuh ahli keluarganya membeli belah di Pasar Mundok untuk mendapatkan keperluan menyambut Aidiladha.

Selain itu katanya, Rosmiwati berkeras hendak ke Mundok kerana mahu membeli keperluan meraikan hari lahir anaknya, Wan Nur Habib Naufal Wan Azli, 6, yang jatuh pada hari yang sama sambutan Aidilahda.

“Sepatutnya esok (hari ini) adalah hari yang gembira kerana menyambut Aidiladha dan hari lahir Habib sebaliknya bertukar menjadi majlis tahlil.

“Ini adalah korban Aidilahda yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila, malah saya serik dan tidak akan menjejakkan kaki ke Mundok sampai bila-bila,” katanya.

Mangsa, Rosmiwati merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dia ditemui lemas oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 5.45 petang.

Manakala dua anaknya, Wan Nur Habib dan Wan Nordina Nalia Wan Azli, 10 belum ditemui.

Tiga mangsa ini merupakan antara 15 hingga 17 penumpang yang menaiki perahu selepas membeli belah di Pasar Mundok, Thailand.


sumber


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger