Home » » Wanita Buka Coli Depan Khalayak Untuk Uji "Keaslian"

Wanita Buka Coli Depan Khalayak Untuk Uji "Keaslian"

Written By Azmy Klanajaya on 04/09/2014 | 3:30 pm


BARU-BARU ini berlangsung satu pameran yang dinamakan Secoo 2014 di Chongwenmen, China. Antara aktiviti di pameran ini adalah memberi peluang kepada orang ramai menguji keaslian dan ketulinan barangan yang mereka beli.

Maklumlah negara China kan terkenal dengan aktiviti ‘ciplak’ dan cetak rompak. Ramailah yang tampil untuk menguji barangan mereka seperti beg tangan, aksesori dan berbagai lagi.

Namun dalam ratusan pengunjung yang hadir, seorang wanita telah membuat kejutan apabila sanggup membuka colinya di depan khalayak dan menyerahkannya kepada wakil penganjur untuk diperiksa sama ada bra yang dipakainya itu asli atau cuma barangan tiruan!

Mahu tak mahu, petugas berkenaan pun terpaksa memeriksa coli tersebut. Wanita tersebut bernasib baik kerana setelah diperiksa, ternyata bra ‘branded’ yang dibelinya itu disahkan asli.

Ini macam punya orang pun ada ka….macam-macam….



Mynewshub

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger