Georgetown: Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Sanjid Singh Sandhu, 41, apabila abu mayatnya ditabur ke laut berhampiran perairan Pulau Rimau, di sini, semalam.
Sebelum upacara itu, bapa mendiang, Jijar Singh, 71, dilihat memegang bekas abu mayat anaknya yang tiba di jeti Jabatan Laut Wilayah Utara di Batu Uban, di sini, jam 9.40 pagi.
Jijar yang kelihatan sugul ditemani isteri mendiang, Tan Nee Gok, 43, anak tunggal pasangan itu, Hans Singh Sandhu, 10, dan beberapa ahli keluarga mangsa.
AHLI keluarga mendiang Sanjid menabur abu mayat berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Pulau Rimau, semalam.
Tan yang dilihat tenang pada awalnya kemudian gagal menahan kesedihan sebaik bekas abu mayat mendiang suaminya dibawa menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) menuju ke tempat persemadian terakhirnya.
Upacara berkenaan selesai jam 10.25 pagi.
Turut hadir pada upacara berkenaan ialah Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan serta dua EXCO kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo dan Phee Boon Poh.
myMetro
Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
-
Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
Parti UMNO adalah sebuah wadah perjuangan. Itulah yang sering dikatakan
oleh...
2 weeks ago
Post a Comment