Home » » Foto Gadis Cina Hidup Mewah Sebagai Pelacur Kelas Atasan

Foto Gadis Cina Hidup Mewah Sebagai Pelacur Kelas Atasan

Written By Unknown on 04/09/2014 | 5:15 pm



Kisah ini patut dijadikan iktibar kepada semua golongan wanita di luar sana. Diharapkan kisah ini memberi pedoman kepada anda dan janganlah anda mengikuti langkah perempuan ini.

Namanya dikenali sebagai Guo Mei Mei. Seorang ‘pelacur profesional’ bertopengkan pengurus kanan Pertubuhan Palang merah yang selama ini mendakwa menerima banyak hadiah mewah hasil kerja amal, memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China selepas dia ditahan kerana terbabit dalam skandal perjudian Piala Dunia 2014. 

Kisah ini sememangnya gempar dan sering menjadi bualan di China.

Guo Meimei, 23, menjadi fenomena di laman sosial Weibo kerana sering memuat naik gambarnya bersama kereta mewah di beberapa lokasi eksotik. Ternyata kekayaannya itu sangat dikagumi oleh orang ramai tetapi ramai yang tidak tahu bahawa kekayaannya itu berpunca daripada aktiviti menjadi seorang perempuan simpanan.

Melalui laman sesawang Weibo yang sangat terkenal, Guo MeivMei telah mendakwa kononnya kenderaan berkenaan adalah hadiah sebagai penghargaan terhadap tugasnya sebagai pengurus kanan pertubuhan Palang Merah. 

Awal-awalnya semua menganggap bahawa Guo merupakan seorang yang berhati mulia.

Bagaimanapun, selepas ditahan di bawah akta perjudian China, Guo terpaksa mengakui dia hidup dengan wang sebagai pelacur kelas atasan dan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.

Malah Guo mengaku dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pertubuhan kebajikan berkenaan.

Bagi pertubuhan Palang Merah pula, mereka sukar mendapatkan sumbangan sejak tingkah laku Guo tersebar. Kasihan betul dengan pertubuhan palang merah ini.

Mereka kemudian menuntut Guo memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China. Diharapkan anda semua tidak mengikuti jejak langkah Guo ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger