Home » , » #N01 Pengkalan Kubor ; Nik Amar Ketuai Jentera Pilihanraya

#N01 Pengkalan Kubor ; Nik Amar Ketuai Jentera Pilihanraya

Written By Unknown on 04/09/2014 | 3:00 pm



Kali ini nampaknya Pas Kelantan terpaksa ubah strategi untuk menghadapi BN dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor nanti.

Menurut sumber bilik gerakan Pas Kelantan, pilihanraya kecil ini merupakan penanda aras kepada maruah Menteri Besar Kelantan yang baru, Mohd Yakob, kalau Pas kalah maka secara rasminya Mat Yakob bukanlah pengganti yang sesuai bagi kerusi yang lebih 20 tahun dipegang oleh Nik Aziz itu.

Mungkin kekalahan di pilihanraya Kuala Besut di bawah pimpinan Husam Musa ketika itu maka Husam tidak lagi diberi kepercayaan untuk menjadi panglima dalam pilihanraya kecil kali ini. Apatah lagi nama Husam mula tercalar berikutan beliau dilihat membawa imej Anwarinas dalam Pas dan di Kelantan Anwar tidak popular setelah didapati bersalah dalam kes Liwat II. Husam juga dilihat tidak menyokong Hadi Awang dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Pas ingin kembalikan era kegemilangan Ulama.." tegas sumber lagi.

Sebelum ini kumpulan Ulama politik dalam Pas tidak ambil kisah siapa yang akan memandu pilihanraya kecil, tugas mereka hanya berceramah setiap malam sahaja. Kini, Nik Amar mengambil langkah berani, ke depan untuk menjadi panglima perang di Pengkalan Kubor nanti.

"Mursidul Am, Nik Aziz khabarnya dah memberi isyarat bersetuju.." sambung sumber lagi.

Tindakan Nik Amar dilihat cuba mendahului kesepakatan dalam pakatan haram kerana kerusi tersebut adalah milik parti Anwar, PKR. Nik Amar juga pada minggu yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang tegas bahawa KERUSI tersebut HANYA PINJAMAN.

Mungkin kerana perkiraan Pkr juga sudah 2 kali berturut kalah ditangan calon BN di situ maka Pas Kelantan mengambil langkah sendiri dalam menghadapi Calon BN kali ini.

"..selama ini jentera PAS yang banyak buat kerja di mana sahaja ada Pilihanraya Kecil, tambahan pula ahli Pkr hanya ada sekitar tak sampai 500 orang di Pengkalan Kubor ini" - tambah sumber lagi.

Walaupun bakal menghadapi pergeseran dalaman antara pakatan haram, bagi Pas Kelantan itu semua tidak penting. Yang penting maruah Menteri Besar yang baru dan maruah Pas Kelantan dijaga.

Apakah Nik Amar bakal buat U Turn ? Kita tengoklah nanti..bila MAt Sabu buka mulut, semuanya bakal ke longkang !!

Pilihanraya Kecil ini diadakan berikutan Adun BN, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia. Klik di SINI


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger