Home » » Persembahan Artis Melayu Ini Di Taja Syarikat Judi?

Persembahan Artis Melayu Ini Di Taja Syarikat Judi?

Written By Unknown on 18/09/2014 | 12:19 am


Selebriti tempatan yang telah melonjak naik namanya di perantauan antarabangsa, siapa tak kenal Shila Amzah yang suatu ketika dahulu dikaitkan bersama artis Sharnaaz. Sehingga kini, terlampau banyak cerita kontroversi yang melanda gadis genit itu.Artis ini terkenal melalui kes terbarunya yang melibatkan media pula .

Dikatakan pihak media tidak mengambil ‘port’ semasa konsert itu sdang berlangsung di Malaysia sendiri. Persembahan memukau dengan kehebatan Shila menarik kelompok peminat Cina untuk hadir dan bergembira di konsert miliknya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Persembahan itu dinamakan Shila Amzah LOVE Live In Malaysia.

Pihak media sendiri menuding 10 jari kepada pihak penganjur yang tidak menjemput ramai media untuk membuat liputan tetapi sebaliknya untuk peminat-peminat setia Shila Amzah yang tidak henti-henti menyalahkan wartawan. Pelik tapi benar. Ini lah situasi panas yang sedang berlaku. Tidak tahu kebenaran di pihak siapa.

Menurut sumber yang hadir (Kosmo!), salah satu dari dua media tempatan yang dijemput, mengesahkan bahawa mengapa dan kenapa pihak media berbahasa Melayu tidak dijemput. Dan jawapannya tersangat-sangat mengejutkan kerana konsert ini mendapat tajaan dari syarikat judi terbesar Malaysia.

Untung la Shila Amzah ni yer. Selain itu,menurut wartawan yang hadir, antara sebab-sebab ‘munasabah’ tidak dijemput hanya disebabkan ingin menjaga sensitiviti masyarakat.

Kesimpulannya, kita tak boleh tuding jari kepada mana-mana pihak. Jika benar apa yang disampaikan oleh wartawan tersebut, jelas di sini kita boleh tahu dan mengerti kenapa dan mengapa hanya dua media berbahasa Melayu saja yang dijemput hadir. Tak perlulah menyalahkan sesiapa pun. Rezeki masing-masing.Semoga Shila Amzah terus sukses di luar sana. 



–UtaraNews.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger