Home » , » Penipuan Bisnis Online Di Kelantan Serius

Penipuan Bisnis Online Di Kelantan Serius

Written By Unknown on 18/09/2014 | 8:51 am

TUMPAT - Kes penipuan yang membabitkan perniagaan dalam talian dilaporkan semakin membimbangkan di negeri ini apabila bilangan aduan mengenai kes tersebut meningkat mendadak untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, kes penipuan tersebut membabitkan peniaga-peniaga dalam talian yang mengiklankan barangan mereka menerusi beberapa portal beli-belah tempatan yang popular.

Beliau berkata, kes yang dilaporkan bermula Januari sehingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 89 kes penipuan berbanding 44 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Daripada statistik tersebut, kenaikan 102 peratus dicatatkan berbanding tahun lalu dengan jumlah kerugian sebanyak RM130,383," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, mangsa yang terlibat dengan kes penipuan rata-ratanya berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.

"Dalam kes ini, suspek cuba memperdaya mangsa dengan menawarkan harga murah dan seterusnya mempengaruhi mangsa untuk memindahkan wang ke sebuah akaun.

"Selepas mangsa membuat bayaran ke dalam akaun tertentu, barangan tersebut didapati tidak sampai kepada pelanggan berkenaan," katanya.

Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai terutamanya yang gemar membeli barangan dalam talian supaya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger