Home » » Mangsa Sempat Selfie Selepas Hampir Maut Di Tetak

Mangsa Sempat Selfie Selepas Hampir Maut Di Tetak

Written By Unknown on 02/09/2014 | 10:57 am



MARRAKECH, Maghribi - Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.

Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.
Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.


"Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.
"Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya," katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. - Agensi


sumber: Kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger