Home » » Ampang : Lelaki Berkepala Botak Suka Meraba Mangsa Di Buru

Ampang : Lelaki Berkepala Botak Suka Meraba Mangsa Di Buru

Written By Unknown on 02/09/2014 | 11:00 am



AMPANG JAYA - Orang ramai yang tinggal di Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang di sini hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan pencabul misteri berkepala botak yang didakwa gemar meraba golongan wanita yang berada di luar rumah seorang diri.

Pencabul botak itu dikatakan memerhati gerak-geri wanita muda di pangsapuri berkenaan terlebih dulu sebelum menghampiri sasarannya untuk bertindak meraba mangsa-mangsanya.

Suspek yang dikatakan berbadan sasa dan berkulit gelap dikatakan aktif melakukan kerja-kerja tidak bermoral itu sekitar pukul 12 tengah malam sehingga waktu pagi.

Semasa kejadian, pencabul itu didakwa memakai pakaian gelap dengan lokasi tumpuannya di dalam lif dan tangga pangsapuri. Sebahagian lagi mangsa mengadu mereka dicabul semasa sedang membuka pintu kereta di tempat letak kereta.

Sejak sebulan lalu, sejumlah 20 wanita dikatakan menjadi mangsa pencabul botak yang belum diketahui identitinya itu.


Keterangan Foto : tu botak chin..penjenayah yang akhirnya mati ditembak polis





mamak-online
Share this article :

+ comments + 1 comments

9/02/2014 12:18 pm

Oiiittt...BOTAKK..????? Bahayaa oooo...bknn waa hahhhh...xixixi

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger