Home » » Hadi Awang Di Tuntut Dedah Siapa Sebenarnya Calon Pil Kuda

Hadi Awang Di Tuntut Dedah Siapa Sebenarnya Calon Pil Kuda

Written By Unknown on 04/09/2014 | 11:03 am


foto hiasan


Aakj mohon sahabat baca dengan tenang..agak panjang surat mamat ni tapi ianya penting untuk memahami sikap sebenar antara mereka..!!!


Kenyataan Umum : 3 September 2014


Pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas saya telah bertanding di DUN Sg. Acheh atas arahan parti yang saya anggotai. Ketika hari penamaan calon telah hampir, saya telah dimaklumkan dengan cakap-cakap perbagai pihak bahawa PAS juga akan meletakkan calon. Perbagai usaha saya lakukan yang mana akhirnya saya mendapat jaminan PAS tidak akan meletakkan calon maka saya sedia menghantar pencalonan.


Malangnya hari penamaan calon PAS tetap menghantar calon dengan watikah rasmi PAS. Ini amat mengecewakan. Malah peristiwa menghalang dengan kasar pada hari penamaan calon dikesali. Saya sendiri ada bertemu dengan Jentera PAS yang diketuai YDP PAS N.Tebal mereka berkeras bertanding kerana mereka mengatakan mereka telah lama bersabar dan mereka ada strategi dan cara untuk menang. Dalam pertemuan tersebut juga disebut mengenai kekasaran di hari penamaan calon.


Saya kemudian telah bertemu sendiri Datuk Seri Abd Hadi Awang, Presiden PAS mendapatkan kedudukan sebenar. Beliau sendiri bercakap dengan saya supaya teruskan kempen, PAS telah tarik diri dan pengumuman rasmi telah pun dibuat.


Di kawasan DUN Sg. Acheh ia tidak sebegitu malah kempen diteruskan dengan kasar. Bukan penyokong biasa tetapi YDP PAS N.Tebal sendiri telah ditahan oleh petugas PKR mencuri bahan kempen yang digantung oleh kami. Walaupun dibawa ke balai polis malam tersebut tetapi hanya direkod saya sendiri meminta jasa baik semua jangan dibuat laporan polis kerana menjaga air muka orang tua.


Calon PAS Dun Sg. Acheh sendiri turun berkempen dan dalam ceramahnya jelas ia menyebut ia diarahkan oleh Ketua Pemuda PAS (pada masa itu Nasaruddin Hasan) untuk balik ke Sg. Acheh dan berkempen. Malah sehingga hari pengundian PAS terus berkempen mengelirukan pengundi. Antara yang diedarkan dikawasan pengundi bukan Melayu ialah gambar Lim Guan Eng seolah bertanding dengan logo PAS.


Semua lebih parah apabila Presiden PAS sendiri memberikan ucapan PAS menghantar calon 3 penjuru kerana calon PR yang diletakkan terlibat menjual Pil Kuda, sokong komunis (mengangkat Lenin dll sebagai nabi) dan perbagai tuduhan lain.

Ini menyemarakkan lagi taktik jahat dibawah termasuk fitnah. Calon PAS dan Bn bergabung menyerang saya. Sudah tentu taktik nakal PAS ini sangat memberikan semula nafas kepada jentera Bn tempatan yang seolah lumpuh awalnya.


hampir semua media melaporkan fitnah Hj Hadi dan 
menyiarkan nama saya ; bukan itu sahaja jentera 
dibawah turut memanjangkan fitnah tersebut, malah 
ia tidak terhenti dengan tamatnya PRU ke 13 sahaja

Apa pun keputusanya saya mengagap ia sebagai perancangan Allah yang penuh hikmah dan saya ambil pengajaranya. Cuma dari segi fitnah ke atas diri saya yang terpalit keluarga saya mohon bersihkan. Saya telah usaha menghantar beberapa surat sejak dari selesai dari PRU 13. Saya juga telah berpesan dengan beberapa individu yang saya rasa mampu menyampaikan pesan kepada Hj Hadi, namun semuanya tak mendapat respon. Saya cuma mahu Hj. Hadi membersihkan nama saya atau mendedahkan mana dan siapa sumber maklumat sehingga beliau mengeluarkan ayat fitnah tersebut.



 

Saya juga telah menulis kenyataan terbuka yang saya hantar ke semua saluran elektronik berkaitan Hj. Hadi seperti twitter, email dan sebagainya termasuk bukan sahaja beliau secara peribadi tetapi PAS pusat sendiri. 

Namun eidulFitri yang lepas saya pulang ke kampung (Sg. Acheh) nampaknya fitnah tidak terhenti, kesian dengan saudara mara dan teman - teman saya terpaksa tanpa henti cuba menerangkan apa terjadi. Saya tidak punya banyak pilihan saya telah bertemu peguam Tentuan Vasudevan A & Co. untuk mengarahkan satu surat tuntutan undang - undang dikeluarkan. Maka satu surat bertarikh 6 Ogos 2014 telah dikeluarkan. Dihantar melalui pos dan hantaran tangan.



Surat hantaran tangan ke Pej. Presiden PAS di Pejabat Agong PAS telah diterima pada 8 Ogos 2014 iaitu hari Jumaat dimana Terengganu cuti dan Pusat Khidmat Parlimen Marang tutup. Namun sehari selepas surat itu sampai di Ibu Pejabat PAS saya dihubungi ramai wartawan. Saya pelik bagaimana wartawan boleh tahu tetapi sms wartawan TV3 jelas menyebut mendapat maklumat dari sumber PAS menyatakan saya hantar surat tuntutan undang - undang. Malah setelah diperiksa beberapa akaun FB penyokong tegar Hj. Hadi turut menyiarkan imej surat yang merupakan salinan kepada Hj Hadi. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Bermula 11 Ogos 2014 usaha menyampaikan surat di Pusat Khidmat Parlimen Marang dilakukan. Malangnya petugas di pusat khidmat tersebut enggan menerima surat tersebut. Katanya dia tidak ada kuasa menerima surat. Lucu sekali, seolah ada arahan agar lari dari tanggungjawab. Apa yang perlu ditakutkan ?



Sangat kecewa dengan perkembangan ini. Hambur fitnah dan seolah lari dari tanggungjawab, saya cuma menuntut hak nama saya dibersihkan. Ada yang mencadangkan tulislah surat kepada Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang baru 'melantik' Hj Hadi dalam jawatan peringkat antarabangsa. Mungkin Sheikh Yusof boleh menasihatkan Hj. Hadi mengenai hukum fitnah dan meminta maaf. Namun saya rasanya ia agak keterlaluan tetapi tidak menolak kemungkinan itu.

Saya minta semua agar faham ini tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya terlibat, ini adalah urusan saya dan Hj. Hadi secara peribadi. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang - undang ini. Perlu tigeaskan ini bukan soal wang tetapi soal maruah. Malah saya telah memutuskan apa yang saya perolehi dari saman ini nanti sebahagian besar akan disumbangkan kepada Unit Amal satu badan sukarela dibawah PAS yang banyak menggerakkan kerja kebajikan dan seumpamanya sebagai menghormati sumbangan Unit Amal dalam perjuangan.


Sekian dan terima kasih.
che'GuBard
Bekas Calon Pakatan Rakyat (PKR)
DUN Sg. Acheh, Pulau Pinang.





Kenyataan Terbuka beliau sebelum ini :

Kenyataan terbuka buat

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hj Hadi Awang.

18 Disember 2013

ADAKAH HJ HADI SAMA TARAF DENGAN ZAHID HAMIDI ? BUKTIKAN ATAU MOHON MAAF !

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:


“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Saya Badrul Hisham Bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard telah bertanding di kerusi N21 Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. Walaupun kerusi tersebut ialah kerusi PKR (tahun 2008 ditandingi PKR) tetapi kerusi tersebut telah turut ditandingi oleh calon PAS.

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :



1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan
2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda
3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis. 

Jelas saya antara calon yang dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS ? Saya tidak hadir lewat ke Pusat Pencalonan maka saya antara yang dituduh oleh Tuan Guru sebagai penjual pil kuda atau berfahaman komunis atau kedua - duanya sekali.

Saya menganggap tuduhan itu berat bukan hanya ketika berperang (Pilihanraya Umum) Tuan Guru membekalkan peluru kepada musuh tetapi tuduhan tersebut yang diambil menjadi berita utama oleh media tidak pernah dibetulkan oleh Tuan Guru sehingga kini. Gambar saya turut disiarkan bersama kenyataan Tuan Guru dan antaranya menjadi tajuk muka depan.

Sedarkah Tuan Guru dengan prosedur yang beban membuktikan ialah beban yang ditanggung oleh pembawa tuduhan.

Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ? Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan.

Datuk Seri ingatlah firman Allah SWT di dalam Surah Al -Buruj ayat ke 10. "Sesungguhnya orang yang memfitnah orang mukmin dan mukminat dan kemudiannya tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan dan bagi mereka azam dari api yang membara".


Saya berdiamkan selama ini kerana saya gunakan perbagai saluran dalaman malah saya terus tidak dipedulikan. Ini soal maruah, saya ada mak bapa juga anak – anak... apa perasaan mereka mendengar sindiran atau terbaca bahan sejarah kemudianya yang mempalitkan saya dengan tuduhan tersebut ?

Tuan Guru, kami tidak tahu apa yang ada di dalam hati Tuan Guru..... Hanya Allah Yang Maha mengetahui. Namun begitu ingatlah akan Hadis Nabi SAW."Abdullah bin Amr mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Empat yang barangsiapa terdapat pada dirinya keempat sikap itu, maka dia adalah seorang munafik yang tulen. Barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari sifat sifat itu, maka pada dirinya terdapat salah satu sikap munafik itu, sehingga dia meninggalkannya. Yaitu, apabila dipercaya dia berkhianat (dan dalam satu riwayat: apabila berjanji dia ingkar), apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menipu, dan apabila bertengkar dia curang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Datuk Seri Tuan Guru, saya menyahut seruan yang sering Datuk Seri sendiri laungkan iaitu berpeganglah kepada ajaran Islam. Maka wajib ke atas diri Datuk Seri kemukakanlah bukti. Cakaplah di tempat yang sepatutnya. Berilah keadilah kepada semua. Semoga Allah beri keadilan kepada kita di Mahkamah Keadilan Rabbul Jalil. Janganlah Datuk Seri baling batu sembunyi tangan, aibkan orang dan kemudian duduk berdiam. Jika benar Datuk Seri tahu siapa menjual pil kuda dan diamkan maka Datuk Seri juga sedang mendiamkan jenayah yang menghancurkan anak Malaysia sendiri yang sudah tentu berbeda dengan perjuangan yang Datuk Seri cuba tonjolkan.

Ini semua mengingatkan saya kepada ucapan tuduhan fitnah jahat Dato’ Seri Zahid Hamidi tujukan kepada orang No. 2 dalam PAS.

Saya ada keyakinan Zahid Hamidi melontar fitnah itu kerana mendapat maklumat yang salah dari kelompok tertentu yang kemudian dijadikan isi ucapan. Adakah Datuk Seri juga begitu dan hanya setaraf Zahid Hamidi ?

Namun sekurang – kurangnya pihak Zahid Hamidi tampil menyatakan bukti gred B dan menyimpan bukti gred A yang kemudian mengundang ketawa perbagai pihak. Sekurang – kurangnya ada juga cubaan membawa bukti , namun Datuk Seri Hj Hadi diam selepas melontar fitnah. Kita marah kenyataan Zahid Hamidi tetapi mengapa kebanyakan kita mendiamkan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ? Adakah kebenaran itu berdasarkan dimana kita berada ?

Kepada semua yang lain harus di ingatkan ini bukan masalah PAS atau PKR, ini masalah saya dengan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja. Saya akan terus menyokong dan mendokong PAS malah ibu saya sendiri terus menjadi ahli PAS Cawangan Taman Bukit Chedang, Kawasan Rasah dan panji PAS terus berkibar depan kediaman keluarga saya walaupun telah lama melepasi pilihanraya.

Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh dari prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.

Saya mengulang tuntutan saya. Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ? Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan dengan mendedahkan sumber maklumat yang menyebabkan Datuk Seri tersalah sebut ketika memberikan ucapan itu.

Saya orang muda yang banyak kelemahan memohon maaf jika terkasar namun saya yakin saya perlu menuntut hak saya untuk dibersihkan fitnah yang terpalit ke atas saya. Yakinlah tampil memohon maaf tidak akan mengurangkan sedikitkan darjat manusia malah Tuan Guru akan semakin dihormati.
Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit.


Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya.
Sekian.

Che’GuBard
Email : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
Twitter : @chegubard
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger