Home » » Penampang ; Cahaya Misteri Di Langit

Penampang ; Cahaya Misteri Di Langit

Written By Unknown on 04/09/2014 | 10:36 am


Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Penampang gempar dengan kemunculan cahaya misteri di langit, dalam kejadian, malam kelmarin.

Fenomena itu mula kelihatan kira-kira jam 7 malam hingga 10 malam sebelum ia hilang daripada pandangan. 

Berikutan kejadian itu, orang ramai mengambil kesempatan memuat naik gambar ke media sosial Facebook dan WhatsApp sehingga menimbulkan tanda tanya, malah ada yang mengaitkan sebagai tanda-tanda Kiamat.

Bagaimanapun, Pengarah Meteorologi Abdul Malek Tusin memberitahu kejadian ini adalah fenomena Cahaya Pilar yang berlaku akibat daripada pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan tinggi.

 "Fenonema ini memang pernah berlaku tapi mungkin tidak dihebohkan. "Orang ramai di negeri ini tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

 -Metro

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger