Home » » Pulau Pinang Terkini ; Foto Doktor Di Tahan Curi Topi Keledar Polis

Pulau Pinang Terkini ; Foto Doktor Di Tahan Curi Topi Keledar Polis

Written By Unknown on 06/04/2014 | 11:38 am


BUTTERWORTH: Mahkamah Majistret Butterworth, di sini, semalam mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari bermula semalam terhadap seorang doktor perubatan berusia 40-an yang didakwamencuri topi keledar seorang anggota polis, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, doktor berkenaan didakwamencuri topi keledar anggota polis terbabit yang ketika itu ditugaskan melindungi dan mengiringi kenderaan isteri suspek sebelum berhenti dan masuk ke Pejabat Pos Jalan Bagan Luar, di sini.

Pada masa itu, doktor berkenaan bertindak mencuri topi keledar anggota polis terbabit dan menyimpannya di dalam kereta Proton Savvy miliknya.

Berikutan itu anggota polis berkenaan meminta bantuan sebelum tigaanggota polis tiba di tempat kejadian.

Melalui pemeriksaan, mereka menemui semula topi keledar itu di dalam kereta milik doktor terbabit.

Bagaimanapun, suspek memecut kenderaannya ketika polis cuba menahannya dan kira-kira 30 minit kemudian suspek ditahan di Balai Polis Jalan Patani, Georgetown ketika membuat laporan polis.

Sebelum kejadian Rabu lalu, doktor terbabit dipanggil mahkamah untuk menandatangani bon berkelakuan baik di bawah Akta Keganasan Rumahtangga kerana mengganggu dan memukul isterinya.

Bagaimanapun, perbicaraan kes itu ditangguhkan pada 28 Julai depan berikutan Majistret bercuti kerana menghadiri kursus.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger