Home » » Foto Ikan Jantan Jadi Pondan...

Foto Ikan Jantan Jadi Pondan...

Written By Unknown on 06/04/2014 | 11:02 am



Barcelona: Ketika seluruh Britain melaporkan keadaan berdebu yang teruk, ikan di Sepanyol membuktikan kesan pencemaran terhadap alam sekitar itu sendiri.

Ahli kumpulan Sel Biologi dalam Toksikologi Alam Sekitar menemui bukti bahawa ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat pencemaran kimia di dalam air.

Pengarah kumpulan penyelidikan terbabit, Miren P Cajaraville dalam satu kenyataan berkata keputusan menunjukkan bahawa gangguan endokrin ini adalah fenomena yang menjadi punca masalah itu.
“Jika ia dikesan di negara lain bermakna kita sedang berdepan dengan masalah pencemaran. Kami juga mengesahkan hubung kait antara pencemaran dan fenomena ikan jantan menjadi ‘betina’,” katanya.

Jurnal alam sekitar, Marine Enviromental Research melaporkan bahan kimia pengganggu sistem endokrin (EDCs) bertindak seperti estrogen iaitu hormon seks betina utama yang meresap ke dalam air dan menyebabkan gangguan perkembangan dan reproduktif.

Bahan kimia terbabit ditemui dalam produk harian seperti racun serangga, pil perancang dan bahan pencuci.

Ia dikatakan memasuki muara selepas melalui sistem pembersihan di dalam loji rawatan air atau hasil daripada aktiviti industri dan perladangan.

Penyelidik melakukan kajian terhadap lima populasi ikan belanak dari pantai Basque dan apa yang dipanggil ‘penyakit interseks’ dikesan terhadap tiga daripada sampel ini. AGENSI

foto ;Ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat pencemaran kimia dalam air di Basque Country, Barcelona.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger