Mayat ibu malang itu, warganegara Filipina Mariefe Wong, 42, ditemui berlumuran darah di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan, Miri, kira-kira 2.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar di dalam kereta tersebut. Pisau yang digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.
“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya kepada Utusan Malaysia.
Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa, 18 yang turut berada di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang saksi, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.
Sebelum itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai, katanya.
"Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya yang berada di tempat kejadian.
Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis.
um
Post a Comment