Home » » Air Asia Keluarkan "Nasi Lemak Lengkap" Sindir Nasi Lemak Bogel MAS...?

Air Asia Keluarkan "Nasi Lemak Lengkap" Sindir Nasi Lemak Bogel MAS...?

Written By Unknown on 09/02/2014 | 4:10 pm


30 Januari 2014 yang lalu, Chef Wan sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan aduannya mengenai makanan warisan negara iaitu Nasi Lemak Malaysia Airlines (MAS) yang dianggapnya tidak lengkap sekali gus digelar sebagai Nasi Lemak Telanjang.

Kisah "Nasi Lemak Bogel MAS" d SINI

MAS dengan segera membuat kenyataan akhbar dengan menyatakan bahawa MAS menerima teguran chef tersohor tanahair dan akan menambahbaik menu nasi lemak MAS.

Namun ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mengeluarkan iklan berbaur sindiran terhadap MAS.


"Nasi Lemak Kami Lengkap"


Air Asia dengan selambanya menyindir MAS melalui iklan di akhbar Metro secara terbuka.

Memang menu nasi lemak Air Asia lengkap. Tetapi untuk mendapatkan nasi lemak 'lengkap' tersebut, penumpang perlu membayar RM12.00 yang menunya disediakan bersama air teh/kopi.

RM12 untuk nasi lemak lengkap? Jika menaiki MAS, nasi lemak diberikan tanpa perlunya bayaran tambahan.

Apa gunanya menu nasi lemak saja yang lengkap tetapi perkhidmatan yang lain kurang memuaskan?

Sebenarnya banyak lagi yang Air Asia perlu pertingkatkan, bukan sekadar menu nasi lemak lengkapnya saja yang perlu ditingkatkan. Dari segi perkhidmatan, Air Asia memang teruk dan tidak dapat diterima akal.

Sebagai contoh, pernah berlaku pada seorang pelanggan yang membeli seat secara online, tetapi apabila daftar masuk di kaunter, petugas kaunter Air Asia memaklumkan seat telah diberikan kepada penumpang lain tanpa mengambilkira kerugian pelanggan tersebut. Teruknya, pelanggan tersebut diberikan seat yang paling belakang.

Dan Air Asia juga pernah menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia berkenaan dengan kes seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Vietnam hanya kerana anaknya menghidap chicken pox. Yang mana akhirnya MAS bertindak membawa rakyat Malaysia yang malang itu pulang.

Dari isu ini rakyat dapat menilai sendiri bahawa Air Asia hanya mementingkan keuntungan berbanding MAS yang lebih mengutamakan tahap perkhidmatan kelas dunia. Lihat saja aduan-aduan mereka yang pernah menggunakan khidmat Air Asia. Rujuk SINI

Sebenarnya lebih banyak lagi masalah yang dihadapi oleh pelanggan Air Asia yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Mungkin ada banyak lagi yang perlu ditambah baik berbanding menu nasi lemak lengkap ini.

-mymediahub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger