Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, mangsa yang berusia 33 tahun dipercayai diekori dua lelaki tidak dikenali dari belakang sebelum dikejar dan ditembak pada jarak sejauh 200 meter.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa diekori dari belakang ketika melalui premis sebuah kedai serbaneka menuju ke flat berkenaan.
"Kita percaya mangsa yang bersendirian melalui kawasan lot premis kedai serbaneka diekori dari belakang sebelum dikejar dua suspek yang melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
Anggota polis memeriksa mayat seorang lelaki india yang maut ditembak di blok E 1 Flat Taman Teluk Indah dipercayai dilakukan oleh dua suspek lelaki.
"Tiga das tembakan itu mengakibatkan mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini mati apabila cedera parah di bahagian kepala, leher dan tangan kanannya," katanya.
Mohd Nasir berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan terperinci akan dijalankan.
FOTO Amir Irsyad Omar HM
Post a Comment