Home » » Terkini ; Rahim Di Buang Dari "Sepahtu" Selepas Tamat MLM2013

Terkini ; Rahim Di Buang Dari "Sepahtu" Selepas Tamat MLM2013

Written By Unknown on 09/02/2014 | 4:42 pm




Umum mengetahui, rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara manakala Shiro dan Bocey masing-masing menjadi naib johan dan tempat ketiga.

Ketika tumpuan orang ramai beralih kepada kontroversi yang dicetuskan Neelofa semalam, ada satu berita sedih yang pastinya bakal menggamit naluri peminat Sepahtu. Ini kerana, aakj difahamkan, salah seorang dari mereka, Rahim secara rasminya bukan lagi ahli kumpulan popular itu sebaik tamat MLM 2013.

Jepp yang dihubungi media semalam memberitahu pengambilan Rahim hanyalah sebagai projek istimewa bagi MLM 2013. Perkara itu sudah diberitahukan kepada Rahim dari awal lagi sebelum MLM 2013 bermula.

Bagaimanapun, Jepp mengakui cukup selesa dan senang bekerjasama dengan Rahim kerana dia seorang yang amat komited sepanjang projek berkenaan.

Mengenai respon Rahim pula berhubung perkara tersebut, dia memberitahu langsung tidak berkecil hati dengan Sepahtu andai tidak dijemput untuk sebarang aktiviti akan datang malah bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi bersama Jepp dan Shuib.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger